KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk parti politik 'berganjak' dari norma lama dengan meletakkan calon sama untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Jamaie Hamil berpendapat strategi meletakkan muka sama bagi kedua-dua kerusi sudah tidak relevan lagi ketika ini kerana hampir semua individu dalam parti berminat untuk bertanding dalam pilihan raya dan mungkin wujud rasa tidak puas hati sekiranya ahli parti tidak tercalon dalam PRU15.
Beliau berkata kebiasaannya, calon yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN merupakan calon heavyweight iaitu calon penting di sesebuah parti dan merasakan boleh mendapat kemenangan besar di kedua-dua kerusi.
"Kalau bagi parti Barisan Nasional (BN) sekitar 80-an dan 90-an, mereka biasa meletakkan calon di kedua-dua kerusi namun selepas itu sudah jarang. Ia kerana pengagihan kerusi (antara BN) bermasalah, dan kalau satu calon bertanding dua kerusi, peluang orang lain untuk bertanding itu sudah tertutup.
"Tetapi kalau parti seperti DAP, PKR dan PAS, mereka boleh letakkan calon di kedua-dua kerusi kerana pemimpin mereka tidak ramai, (atau) calon yang boleh menang tidak ramai, jadi mereka berani untuk meletakkan calon (sama)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Memberi contoh BN, beliau berkata sekiranya calon yang sama diletakkan untuk bertanding di kedua-dua kerusi, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati yang boleh menimbulkan tindakan protes dan boikot parti dan akhirnya menyebabkan parti itu kalah.
"Dalam keadaan sekarang yang saya nampak, yang relevan atau sentiasa mendapat kemenangan dengan meletakkan calon sama adalah DAP dan PAS. Saya setuju bahawa tidak semua parti itu sesuai untuk melakukan strategi meletakkan calon sama untuk Parlimen dan DUN," katanya.
Antara figura politik yang menyandang jawatan di kerusi Parlimen dan DUN adalah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu Parlimen Marang yang 'dipertahankan' sehingga kini sejak tahun 1986 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dari 1986 juga, sebelum melepaskan kerusi itu pada PRU14.
Selain itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula pernah memikul tanggungjawab sama di lima negeri berbeza sebagai Ahli Parlimen (MP) antaranya di Pulau Pinang, Perak dan Johor dan ADUN di Pulau Pinang dan Melaka.
Lim yang juga penyandang Parlimen Iskandar Puteri pernah memenangi kerusi Parlimen Kota Melaka dan DUN Kubu (Melaka) pada PRU4 tahun 1974, namun pada PRU5 yang diadakan tahun 1978, beliau 'beralih angin' dan memenangi Parlimen Petaling namun mempertahankan DUN Kubu.
Selain itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula merupakan penyandang Parlimen Tambun dan DUN Chenderiang di Perak pada PRU14.
Bagi bekas Perdana Menteri dan juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau merupakan penyandang Parlimen Pagoh sejak 1978 yang dimenangi atas tiket BN ketika itu. Di peringkat DUN Johor pula, Muhyiddin pernah menjadi ADUN Bukit Serampang (1986 dan 1990) bagi dua penggal dan memenangi kerusi Gambir pada PRU14.
Senada dengan Jamaie, penganalisis politik Datuk B. Anbumani berkata bagi PRU15, parti politik perlu tekad dan terbuka untuk meletakkan muka baharu di Parlimen dan DUN bagi memberikan lebih peluang kepada anak tempatan terutamanya di DUN.
"Parti jangan bersifat sombong dengan meletakkan calon sama di kedua-dua kerusi di DUN, kita perlu beri keutamaan kepada anak tempatan.
"Kita mahukan MP dan ADUN berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana masalah rakyat semakin mencabar selain berdepan banyak isu ekonomi," katanya.
Dari segi aspek pembahagian tugas seorang ahli politik sebagai MP dan ADUN, Anbumani berkata perkara itu sememangnya membebankan kerana menggalas dua tanggungjawab berat.
"Memang ada situasi mereka tidak beri perhatian sepenuhnya, ada yang terpaksa hadir ke sidang DUN, pada masa sama terpaksa bergegas ke Parlimen untuk hadiri sidang Dewan Rakyat kerana Parlimen memerlukan pemerhatian menyeluruh.
"Untuk parti politik, mereka perlu terima hakikat bahawa dulu lain dan zaman sudah berubah sekarang. Mereka perlu lebih terbuka sekiranya mahu menambat (hati) generasi muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Bagi PRU15, parti politik perlu tekad dan terbuka untuk meletakkan muka baharu di Parlimen dan DUN bagi memberikan lebih peluang kepada anak tempatan. - Gambar hiasan
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Penjelasan pemberian lesen laksana 5G kepada U Mobile tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu dibangkitkan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Komunikasi.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Polemik T15 timbul akibat kecelaruan dasar penyasaran subsidi - Mohd Syahir
Ahli Parlimen Bachok mendakwa polemik T15 yang timbul ketika ini adalah berpunca dari kecelaruan dasar penyasaran subsidi yang dibuat kerajaan tanpa kajian teliti.
Kerajaan MADANI terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama - PM Anwar
Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat terbela.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
Sentimen berhati-hati, pemilihan Presiden AS dorong Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.