KUCHING: Tempoh enam bulan proklamasi darurat di Sarawak perlu dimanfaatkan kerajaan persekutuan bagi menyediakan satu prosedur baharu bagi sistem pilihan raya.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berpendapat tempoh berkenaan tidak patut dibazirkan dan seharusnya digunakan sebaiknya untuk menyediakan prosedur reformasi pilihan raya yang selamat bagi mengekang penularan COVID-19.
“Gunakan masa ini sebaik mungkin untuk menyediakan satu prosedur reformasi pilihan raya yang membolehkan satu sistem pilihan raya yang selamat bagi rakyat Sarawak terutamanya pada tahun depan.
“Ini termasuk warga Sarawak yang tinggal di luar seperti di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau dimana sahaja untuk membolehkan mereka mengundi dimana mereka berada,” jelasnya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini.
Beliau yang juga penolong setiausaha DAP Sarawak berkata pihaknya menyokong sepenuhnya sebarang pindaan undang-undang berkaitan pilihan raya di parlimen demi kebaikan Sarawak dan rakyatnya.
“Bentangkanlah mana-mana pindaan undang-undang yang perlu di parlimen dan kami akan sokong asalkan ia baik untuk Sarawak, baik untuk rakyat Sarawak.
“Terutamanya untuk mempertahankan dan memperkasakan hak mengundi mereka, mana-mana di pilihan raya negeri dan juga pilihan raya persekutuan,” ujarnya.
BACA: COVID-19: Darurat di Sarawak hingga 2 Februari 2022
BACA: Proklamasi darurat di Sarawak diisytihar untuk elak penularan COVID-19 – PMO
BACA: Proklamasi Darurat di Sarawak wajar, ambil kira peningkatan kes COVID-19 - GPS
Astro Awani
Sat Jul 31 2021

Dr Kelvin Yii berkata DAP Sarawak menyokong sepenuhnya sebarang pindaan undang-undang berkaitan pilihan raya di parlimen demi kebaikan Sarawak dan rakyatnya. - Foto DAP Sarawak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

SPR wajar pertimbang buang undi PRN Sarawak dua hari - Masing
Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan cadangan mengadakan Pililhanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 secara berperingkat.

Proklamasi Darurat, masa untuk sediakan prosedur reformasi pilihan raya - DAP Sarawak
Dr Kelvin Yii berpendapat tempoh ini tidak patut dibazirkan dan seharusnya digunakan sebaiknya untuk menyediakan prosedur reformasi pilihan raya yang selamat bagi mengekang penularan COVID-19.