MULU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala dijangka akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu rakyat di kawasan itu terus memberikan sokongan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak itu untuk kekal mewakili mereka bagi penggal seterusnya.
Walaupun menyampaikannya secara berkias namun ia sekali gus menjawab persoalan calon yang bakal bertanding di kawasan berkenaan.
“Sebab itu Sarawak harmoni, politik pun stabil kerana di Semenanjung masih timbul isu jumlah sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
“Tapi jangan lupa kita pun mandat tidak lama lagi akan tamat, jadi beri mandat kepada Datuk Gerawat Gala ini... sudah semestinya rakyat akan dapat manfaat,” kata Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama pemimpin di sebuah hotel terkemuka di Mulu pada Selasa.
Pada PRN11, Gerawat yang mewakili Barisan Nasional (BN) ketika itu menang dengan majoriti 1,708 undi mengalahkan Pauls Baya (PKR), Paul Anyie Raja (DAP) dan Roland Dom Mattu (Bebas) dalam pertandingan empat penjuru.
Fadilah Sulaiman
Tue Apr 06 2021

Pada PRN11, Gerawat yang mewakili BN ketika itu menang dengan majoriti 1,708 undi. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran
BBP Marudi menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.40 pagi dan segera mengaktifkan enam anggota Persatuan Bomba Sukarela Bario.

Pendaftaran RTK 2.0 Sarawak dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini.

COVID-19: Lebih 4,000 rakyat Sarawak hilang kerja, perhotelan sumbang angka tertinggi
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak merekodkan seramai 5,932 pekerja telah diberikan pengurangan gaji sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi