KUCHING: Lebih 4,000 rakyat Sarawak hilang pekerjaan sepanjang tahun 2020 hingga 2021 susulan pandemik COVID-19 dengan pekerja industri hotel dan perkhidmatan makanan penyumbang angka tertinggi iaitu 2,772 orang, menurut data Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.
Menteri Muda Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek, Datuk Gerawat Gala berkata, ia diikuti sektor peruncitan dan jualan seramai 1,328 dan sektor pembinaan 1,030 orang dalam tempoh yang sama.
"Seramai 3,002 rakyat Sarawak hilang pekerjaan pada tahun 2020 manakala 1,035 pada tahun lalu.
"Selain itu, seramai 5,932 pekerja telah diberikan pengurangan gaji yang mana 3,765 pekerja pada tahun 2020 dan 2,167 pada tahun 2021," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro) Safiee Ahmad yang ingin tahu sektor yang mengalami kehilangan pekerjaan dan langkah pengurangan gaji dilaksanakan majikan di Sarawak.
Sementara itu, menjawab soalan asal Safie yang ingin tahun berapa ramai rakyat Sarawak telah hilang pekerjaan dan tindakan yang dilakukan kerajaan negeri, Gerawat menjelaskan Sarawak akan mewujudkan kira-kira 200,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi menjelang tahun 2030 melalui beberapa inisiatif jangka panjang menerusi Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).
“Antaranya melaksanakan Graduate Enhancement Training Sarawak (GETS) untuk graduan di Sarawak, Program Pembangunan Tenaga Kerja Industri dengan kerjasama daripada industri bagi memberi latihan dalam industri.
"Selain itu, kerjaaan negeri juga bakal menawarkan pekerjaan melalui program seperti Go Rural Area Programme (GRAP) dan Karnival Kerjaya PERKESO dan pameran kerjaya daripada syarikat industri seperti Sarawak Oil Palms Berhad dan Sarawak Petchem Sdn. Bhd,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed May 18 2022

Gerawat (gambar) memberitahu industri hotel dan perkhidmatan penyumbang angka tertinggi kepada hilang pekerjaan pada tahun 2020 dan 2021. - Astro AWANI.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran
BBP Marudi menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.40 pagi dan segera mengaktifkan enam anggota Persatuan Bomba Sukarela Bario.

Pendaftaran RTK 2.0 Sarawak dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh verifikasi serta pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara turut dilanjutkan, masing-masing hingga 30 Sept dan 31 Dis ini.

COVID-19: Lebih 4,000 rakyat Sarawak hilang kerja, perhotelan sumbang angka tertinggi
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak merekodkan seramai 5,932 pekerja telah diberikan pengurangan gaji sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi