KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Kota Raja mahu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, diangkat sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Menurut Timbalan Ketua Bahagiannya, Abdul Raof Mokhtar, Tengku Zafrul merupakan seorang yang berdedikasi dan berintergriti serta berpengalaman dalam pentadbiran serta membawa perubahan kepada rakyat.
"Saya yakin Tengku Zafrul akan berusaha gigih untuk memajukan kawasan DUN yang beliau tandingi dan mampu memperjuangkan kepentingan rakyat.
"Hasrat ini selari dengan semangat kerjasama kerajaan perpaduan yang dibentuk di peringkat pusat. Ketika ini di Parlimen Kota Raja, wakil-wakil rakyatnya datang daripada PKR, Amanah dan DAP.
"Adalah wajar sekiranya kerusi DUN Sungai Kandis hampir 70 peratus terdiri daripada pengundi Melayu diwakili UMNO,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
Jelas Abdul Raof, hasrat UMNO Bahagian Kota Raja itu perlu dipertimbangkan oleh kepimpinan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) demi keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang bakal dibentuk selepas PRN kali ini.
"UMNO Bahagian Kota Raja menyokong penuh Tengku Zafrul sebagai calon DUN Sungai Kandis agar dapat mewujudkan perubahan yang diimpikan bersama.
"Bersama Tengku Zafrul, kita mampu mencapai masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua," ujarnya lagi.
Sebelum ini, nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu disebut-sebut sebagai calon dalam PRN Selangor kali ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis disandang oleh wakil rakyatnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PH-PKR).
Fareez Azman
Tue Jun 27 2023
UMNO Bahagian Kota Raja mahu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
PRN: UMNO Bahagian Kota Raja cadang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sungai Kandis
UMNO Bahagian Kota Raja mahu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Tengku Zafrul dilantik Ahli MKT UMNO
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Khamis.