KUALA LUMPUR: Hanya tinggal enam atau tujuh daripada keseluruhan sembilan kerusi yang masih dirundingkan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) belum dimuktamadkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata penyelesaian rundingan tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pengerusi PH) dan pimpinan tertinggi dalam Kerajaan Perpaduan.
"Saya rasa mungkin tak lama lagi dan selepas itu, kita akan fokus mendekati rakyat dan berkempen apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Jelajah MYTV di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini.
Pada 18 Jun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH, namun terdapat pertindihan di sembilan daripada sejumlah 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Enam negeri yang akan berhadapan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua diambil tindakan berikutan kenyataannya yang melabelkan BN sebagai pakatan korup, Fahmi berkata beliau percaya DAP akan meneliti perkara itu memandangkan parti berkenaan melihat serius tentang isu disiplin.
"Kita serahkan kepada DAP untuk tentukan apa (bentuk) tindakan. Kita tidak jaga tepi kain parti lain ini, urusan parti masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan segala kritikan dan pandangan yang dikemukakan 'rakan-rakan' dari parti komponen Kerajaan Perpaduan akhir-akhir ini sebagai pengajaran untuk mereka memantapkan usaha dan menyegerakan beberapa ikhtiar bagi membantu rakyat.
Beliau juga percaya perkara itu tidak akan mempengaruhi sentimen pengundi pada PRN akan datang kerana rakyat memahami usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan demi menjaga kesejahteraan mereka ketika pasca pandemik COVID-19.
Selain itu, beliau turut mengganggap ura-ura bahawa Pemuda MCA akan memboikot PRN 'sebagai asam garam dalam politik dan percaya ia dapat 'diredakan'' selepas selesai agihan kerusi dilakukan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Fahmi berharap program berkenaan dapat membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat kerana pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan memberikan dekoder percuma kepada isi rumah yang layak.
"Saya difahamkan program akan dijalankan ke seluruh negara dengan Parlimen Lembah Pantai adalah lapangan pertamanya. Melalui inisiatif ini, masyarakat akan mendapat siaran TV digital percuma yang menyiarkan kesemua saluran TV kerajaan dan swasta tanpa sebarang yuran bulanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
![PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684943356_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat. - Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727343994_TBArmizan.jpg)
Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.
![PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688381528_pembahagiankerusi.jpg)
PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan
Semua ahli parti perlu akur dan menerima keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden berhubung pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri akan datang.
![PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai - Amirudin PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688285321_TBamirudinshari.jpg)
PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor selesai - Amirudin
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah selesai, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
![PRN: Wanita PH selesai rundingan kerusi, hanya tunggu pengumuman kerusi - Fadhlina PRN: Wanita PH selesai rundingan kerusi, hanya tunggu pengumuman kerusi - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688190073_NIBONG.jpg)
PRN: Wanita PH selesai rundingan kerusi, hanya tunggu pengumuman kerusi - Fadhlina
Wanita Pakatan Harapan bersiap sedia untuk memastikan kemenangan semua calon PH pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
![Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor dijangka selesai seminggu lagi Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor dijangka selesai seminggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41688108266_AmirudinShari.jpg)
Pembahagian kerusi PH-BN di Selangor dijangka selesai seminggu lagi
Perbincangan bagi agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi.
![PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684943356_FahmiFadzil.jpg)
PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan - Fahmi
Fahmi berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat.
![Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687586373_MuhyiddinYassin.jpg)
Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tidak timbul isu Pas 'abang besar' di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil telah dilaksanakan.
![PRN Selangor: 'PM, TPM akan putuskan kerusi yang belum dimuktamadkan' - Amirudin PRN Selangor: 'PM, TPM akan putuskan kerusi yang belum dimuktamadkan' - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687509239_AmirudinShari.jpg)
PRN Selangor: 'PM, TPM akan putuskan kerusi yang belum dimuktamadkan' - Amirudin
Gabungan itu masih ada masa mencukupi untuk memuktamadkan calon dan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
![PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus - Muhyiddin PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672067189_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus - Muhyiddin
Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah selesai 99 peratus, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![PRN: Rundingan akhir pembahagian kerusi PH, BN malam ini - Rafizi PRN: Rundingan akhir pembahagian kerusi PH, BN malam ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686824547_TBRAFIZI.jpg)
PRN: Rundingan akhir pembahagian kerusi PH, BN malam ini - Rafizi
Rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung malam ini.