MELAKA: Rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung di sini malam ini.
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata rundingan itu akan dipengerusikan beliau sendiri bagi pihak PH manakala BN akan diketuai Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Rafizi rundingan berkenaan akan menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
"Kita (PKR) sudah ada semua calon kerusi dan memandangkan ini adalah pertama kali kita masuk PRN bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kita akan muktamadkan kerusi itu melalui rundingan dahulu.
Hasil rundingan malam ini akan dibawa ke peringkat pengerusi PH dan BN sebelum dimuktamadkan," katanya dalam sidang media selepas sesi Libat Urus Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 bersama Menteri Ekonomi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata selepas rundingan, tiga nama bakal calon akan disenarai pendek untuk setiap kerusi seterusnya akan dibincangkan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rafizi berkata PKR membuka peluang kepada semua yang berminat menjadi calon pada PRN kali ini, namun mereka perlu melalui tapisan yang ketat.
"Bagi parti lain, ia bergantung kepada kriteria masing-masing namun PKR, kita buka kepada yang beminat daripada peringkat cabang dan sayap,"
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyampaikan ucapan pada sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021-2025 bersama Menteri Ekonomi di Bandar Hilir, hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
PRN: Pusat mengundi di enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup, proses kira undi bermula
Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.
Undi awal PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu mula dikira
Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mula dikira.
PRN: Lima negeri catat peratusan keluar mengundi lebih 60 peratus setakat 4 petang
Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cuaca baik di hampir semua negeri terlibat PRN
Cuaca baik mendorong para pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.
Pusat pengundian PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu dibuka 8 pagi ini
Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi ini.
PRN: 72,554 pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR
Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.
PRN: Semua pusat pengundian awal ditutup
Kesemua 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri ditutup pada 5 petang tadi.
[KOLUMNIS] PRN enam negeri, impaknya nasional
Di atas kertas, PRN hanya membabitkan enam buah negeri. Tetapi impaknya merentasi seluruh negara. Seolah-olah kesannya melibatkan seluruh nasional.
PRN: 41 calon Bebas bertanding kali ini
Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang menyaksikan jumlah keseluruhan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding menarik penyertaan 41 calon Bebas.
SPRM buka bilik gerakan bagi PRN enam negeri, PRK Parlimen Kuala Terengganu
SPRM memaklumkan kesemua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos.