BAYAN LEPAS: Semua ahli parti perlu akur dan menerima keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden berhubung pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Majlis Presiden dijangka akan memuktamadkan pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN minggu ini.
Justeru katanya, semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat seterusnya melakukan gerak kerja bagi memastikan kemenangan gabungan itu.
"Kita sudah pun bertemu di peringkat Majlis Presiden, terpulang kepada keputusannya (pembahagian kerusi) dalam masa dua, tiga hari lagi kita akan dapat tahu, dia (keputusan) itu adalah kata putus.
"Apabila Majlis Presiden sudah putuskan saya harap semua pihak di peringkat negeri akur dengan keputusan yang dibuat, kalau tidak tak ada kesudahannya dan nanti kalau tak akur dan tak memperakukannya nanti akan ada perasaan tak puas hati, kita tak dapat mengurus pilihan raya dengan baik. Yang penting kita nak menang," katanya.
Mohamad berkata demikian selepas perjumpaan bersama Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Pulau Pinang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya UMNO-BN dan berharap semua jentera akan terus menggembleng tenaga sejurus kempen PRN bermula kelak.
"Kita blok PH-BN memang kita telah pun di peringkat Pusat telah ada kita punya jentera, peringkat negeri telah diarahkan untuk kita adakan penyelarasan gerak kerja jentera pilihan raya negeri dan gerak kerja akan dilancarkan tidak lama lagi dan dari situ nanti kita akan turun ke bawah tetapi walaupun belum dilancarkan gerak kerja penyelarasan pilihan raya PH-BN memang telah ada dan bermula," katanya lagi.
Sementara itu, Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan berkata, dengan mengatur gerak kerja yang baik bagi menghadapi PRN kali ini, beliau yakin PH dan BN akan mampu menangkis apa jua cabaran dan gelombang yang bakal diwujudkan pihak lawan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 03 2023
![PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan PRN: Semua perlu akur keputusan pembahagian kerusi - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688381528_pembahagiankerusi.jpg)
Mohamad (tengah) sewaktu perjumpaan bersama Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Pulau Pinang di Bayan Lepas, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
![Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727794611_RafiziRamli.jpg)
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
![Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
![Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712320989_DatukArmizanjpg.jpg)
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712390712_TengkuZafrulHala.jpg)
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
![Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
![Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673071109_Hajiji.jpg)
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
![Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669763046_PerikatanNasional.jpg)
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
![Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697212634_ZulkapliMohamed.jpg)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693629555_PRU.jpg)
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.