CHERAS: Pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor hampir selesai dengan berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum dimuktamadkan.
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, gabungan itu masih ada masa mencukupi untuk memuktamadkan calon dan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
BACA: Dua kerusi DUN Selangor belum selesai diagih - Amirudin
“Biasa kita akan ambil masa. Saya lihat kita ada banyak masa. Sebahagian calon itu kita dah kumpulkan sejak sekian lama.
“Malahan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas pun kita dah pertimbang senarai calon kalau kita nak buat sekali.
“Ada penyandang kekal, ada penyandang tidak kekal, ada orang baharu masuk, ada orang baharu tak dapat masuk,” katanya.
BACA: MB Selangor arah exco tidak guna kenderaan rasmi bagi program politik
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pada Jumaat.
Sementara itu, ketika ditanya penyertaan parti MUDA dalam PRN Selangor, Amirudin menegaskan Majlis PH akan memutuskannya dan beliau akur dengan sebarang keputusan.
DUN Selangor menyaksikan 56 kerusi dipertandingkan di mana dalam pilihan raya sebelum ini, PH dan BN memenangi 45 kerusi daripadanya.
BACA: PRN: Azmin dakwa PN dahului kerusi di Selangor
Pada 19 Jun lalu, Amirudin berkata kedua-dua gabungan itu telah memuktamadkan kebanyakan rundingan kerusi bagi pilihan raya negeri.
Beliau juga berkata perbincangan sedang dijalankan untuk kerusi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan Terengganu.
Ridauddin Daud
Fri Jun 23 2023
AMIRUDIN: Biasa kita akan ambil masa. Saya lihat kita ada banyak masa. Sebahagian calon itu kita dah kumpulkan sejak sekian lama. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Selangor negeri pertama serah laporan SDG kepada PBB - Amirudin
Kerajaan Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia menyerahkan laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pelancongan sukan rancakkan Tahun Melawat Selangor 2025 - Amiruddin
Pelbagai aktiviti sukan telah dan akan diadakan di Selangor, yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Kerajaan Selangor sedia beri kerjasama dalam kes MBI - Amirudin
Kerajaan Selangor bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan siasatan kes rasuah yang dijalankan terhadap Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).
Tanah runtuh Melawati: 'Kejadian bukan berpunca daripada pembangunan berlebihan' - MB
Tanah runtuh Melawati: 'Kejadian bukan berpunca daripada pembangunan berlebihan' - MB
Tanah runtuh Melawati: Amirudin arah MPAJ peka laporan penduduk
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya lebih peka dengan setiap laporan dibuat penduduk kawasan berisiko tanah runtuh.
Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas
Beliau turut menyantuni penduduk terjejas melibatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS di Jalan E5.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?