KUCHING: ‘Saya orang kaki lima, kedai kopi, tiada masalah tabur bakti kepada rakyat’, kata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.
Apa yang penting katanya, suara rakyat yang diwakili harus diperjuangkan dengan berkhidmat kepada setiap lapisan masyarakat.
“Saya boleh mendengar semua rintihan, sesiapa pun boleh mendekati saya, berjumpa dengan saya, yang penting kita ‘deliver’ kepada rakyat , kita buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Hamzah, 48, yang merupakan Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata pengalamannya dalam politik sejak 1995 akan dimanfaatkan untuk menawarkan bakti di DUN Stakan.
"Terima kasih kepada pucuk pimpinan GPS kerana memberi pengiktirafan kepada orang-orang parti termasuk saya untuk menjadi calon.
“Tidak dinafikan tanggungjawab sebagai calon begitu besar, jadi saya mengharapkan sokongan dari semua pihak dan semua warga Stakan memberi sepenuh kepercayaan kepada saya pada pilihan raya kali ini,” jelasnya.
GPS katanya menitikberatkan satu dasar yang holistik merangkumi pelbagai lapisan masyarakat selain melihat kepada aspek pembangunan sebagai tonggak utama kepada kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
“Saya rasa dasar ini tidak menjadi beban kepada kita kerana dari segi, awal lagi GPS telah menerapkan dasar-dasar ini kepada semua pemimpin tidak kira di mana khususnya di Sarawak.
“Jadi komitmen kalau diterjemahkan, sekiranya ada rezeki untuk menang kali ini saya akan meneruskan semua dasar yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu selain mencari insiaitif baharu untuk menambahbaik demi kesejahteraan rakyat di Stakan,” katanya.
Kerusi DUN Stakan ini sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud selepas menang dengan majoriti 7,042 undi menewaskan calon dari DAP, Leslie Ting Xiang Zhi yang memperoleh 1,778 undian.
DUN Stakan merupakan pecahan kawasan baharu dari Muara Tuang yang diwujudkan pada 2015.
Shafik Ahmad
Sat Dec 04 2021

Hamzah, 48, yang merupakan Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata pengalamannya dalam politik sejak 1995 akan dimanfaatkan untuk menawarkan bakti di DUN Stakan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRN Sarawak: Saya orang kaki lima, tiada masalah dengar rintihan rakyat - Hamzah
Apa yang penting suara rakyat yang diwakili harus diperjuangkan dengan berkhidmat kepada setiap lapisan masyarakat.

PRN Sarawak: DAP tukar calon saat akhir di DUN Stakan
Leslie Ting Xiang Zhi, 25, tiba pada jam 9.25 pagi bagi menggantikan Aziz Isa yang sebelum ini diumumkan sebagai calon DAP di DUN tersebut.