UMNO Sabah masih merahsiakan jumlah calon yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, apabila tiba masanya nanti beliau akan mengumumkan senarai calon berkenaan.

Menurutnya, setakat ini juga senarai calon hanya siap 90 peratus.

"Belum boleh saya beriitahu, nanti sampai masanya saya beritahu.

"Calon sudah siap kira-kira 90 peratus dan pengumuman akan dibuat pada 8 atau 9 September ini," katanya pada sidang media sempena Program Mini Karnival Kerjaya Peringkat Kinabatangan, pada Sabtu.

Terdahulu, belum ada mana-mana parti politik yang akan menyertai PRN Sabah mengumumkan calon mereka sehingga hari ini.

Ia termasuklan blok kerajaan Sabah dari Parti Warisan Sabah (Warisan) atau blok pembangkang seperti BN dan sekutunya.

Dalam PRN Sabah ke-16 ini ia sebanyak 74 kerusi dewan undangan negeri (DUN) akan dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.