PKR akur dengan keputusan Warisan Plus memperuntukkan hanya tujuh kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) kepada parti itu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini.
Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon parti pada pilihan raya negeri itu perlu menjadi pembawa suara majoriti rakyat Sabah yang memerlukan pembelaan.
PKR adalah rakan sekutu Warisan Plus selain DAP, Amanah, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
BACA:
PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH KE-16 DI SINI
"Parti ini (PKR) mempunyai masa depan, potensi yang besar...walaupun ada keresahan di bawah (akar umbi), rasa kekecewaan kerana proses rundingan ini (agihan kerusi) tidak sebagaimana kita di sini (Semenanjung), dibincangkan di semua peringkat. Akhirnya (ia keputusan) untuk menjamin supaya ada kesefahaman perpaduan.
"Kita minta rakan-rakan (ahli PKR) di negeri-negeri dan Sabah, akur dengan keputusan walaupun sukar kita terima sebagai parti yang besar, baik di Parlimen mahupun di seluruh negara untuk menerima kenyataan itu, " katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini, hari ini.
Mengenai peluang PKR memenangi dan mempertahankan kerusi DUN di Sabah, Anwar menegaskan tanggungjawab PKR ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan rakan sekutu dalam Warisan Plus dan tujuh kerusi ditandingi PKR.
Katanya, beliau sudah berbincang dengan semua Ahli Parlimen dan pimpinan negeri (PKR) di Semenanjung dan Sarawak untuk membantu jentera pilihan raya parti di Sabah.
"Ya (boleh menang)...insya-Allah, walaupun tidak semua kawasan yang kita minta (untuk calon PKR) ada juga kawasan yang tidak ada dalam senarai yang diolah (ditawarkan), kerana dianggap sukar, tapi kita akan bekerja sekuat mungkin," katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin Sidek mengumumkan parti itu akan bertanding di 14 kerusi tetapi semalam, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis pengumuman calon PRN Sabah memaklumkan PKR hanya diberi tujuh kerusi.
Tujuh kerusi itu ialah kawasan Api-Api dengan calonnya Datuk Christina Liew, Inanam (Peto Galim), Tempasuk (Mustapha Sakmud), Tamparuli (Alijus Sipli), Matunggong (Sazalye Donol Abdullah), Klias (Abdul Rahman Md Yakub) dan Sook (Raymond Ahuar).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 2018, PKR memenangi dua daripada lapan kerusi DUN yang ditandingi iaitu Api-Api dan Inanam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon parti pada pilihan raya negeri itu perlu menjadi pembawa suara majoriti rakyat Sabah yang memerlukan pembelaan. - Gambar fail/Facebook
Dinamika politik dunia dengan kepulangan Donald Trump
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Zokhri Idris berkongsi pandangan mengenai dinamika politik dunia dengan kepulangan Donald Trump yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.
KKR selesai 95.33% aduan kerosakan daripada aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan lebih 95 peratus aduan kerosakan jalan di bawah bidang kuasa kementerian itu yang dilaporkan dalam aplikasi MYJalan.
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu Fashion Valet, juga akan panggil NAFAS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah 43.9 juta ringgit dalam isu tersebut.
Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah
Pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
Renjatan elektrik: Syarikat bas gagal audit ICOP
Syarikat bas eskpres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki gagal dalam audit ICOP.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Ultimate Print, Darphane kembangkan kepakaran percetakan keselamatan
Kerjasama ini dijangka memberi pelbagai faedah kepada ekonomi dan industri percetakan di Malaysia, termasuk kawalan sempadan dan pencegahan pemalsuan.
KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global - PM
Malaysia bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Rangkaian 5G: Hassan Karim dakwa kerajaan dibayangi kapitalis kroni
Penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh MCMC kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.