Ringkasan AI
- Seorang anggota tentera berusia 37 tahun ditahan di sebuah restoran di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, dengan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM1,000.
- Pemeriksaan menemukan methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil disyaki nitrazepam (38.39 gram), dan pil yaba (1.49 gram). Dadah tersebut dipercayai untuk kegunaan sendiri.
- Lelaki tersebut yang positif dadah kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Jinjang pada 3.30 pagi.
Beliau berkata pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
"Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk kegunaan sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasni berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah kini direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA