KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) enggan mengulas mengenai kewajaran mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang berkemungkinan memberi risiko kepada peningkatan semula kes COVID-19.
Membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ketika ini fokus kementerian adalah mengenai fasiliti kesihatan, dan bukannya mengenai pilihan raya.
"Tapi Sepang kata tadi boleh jawab secara bertulis, secara jawab (lisan) pun boleh... saya ingat tak perlu jawab lagi sekarang," katanya ketika memberi reaksi kepada celahan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) di Dewan Rakyat, pada Rabu.
BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
Sebelum itu, Mohamed Hanipa meminta penjelasan mengenai pendirian kerajaan, khususnya KKM sama ada bersetuju atau tidak untuk mengadakan PRN Melaka, yang mungkin mengakibatkan satu pendemik baharu.
Semalam, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memaklumkan DUN Melaka dibubarkan berkuatkuasa pada Isnin.
Keputusan itu dibuat selepas ia dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutus surat susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka.
Sementara itu, media melaporkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum kebimbangan rakyat berhubung risiko penularan COVID-19 akan meningkat sekiranya PRN Melaka diadakan.
Perdana Menteri menjelaskan jika PRN perlu diadakan susulan kemelut politik di Melaka ketika ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan ia berjalan dalam keadaan terkawal.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 06 2021
Dr Noor Azmi berkata, ketika ini fokus kementerian adalah mengenai fasiliti kesihatan dan bukannya mengenai pilihan raya. - Gambar fail
Maqis serah makanan haiwan kepada Penjara Machang
Maqis Kedah menyumbang bekalan makanan haiwan bernilai RM24,120 kepada Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Machang, Kelantan.
Pencemaran e-coli: Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin ditutup hingga Januari 2025 - Exco
Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin akan ditutup hingga awal Januari tahun depan susulan isu pencemaran bakteria escherichia coli (e-coli).
Pelan tindakan permudah jalankan perniagaan di peringkat akhir persiapan - Rafizi
Kementerian Ekonomi dan Perbadanan Produktiviti Malaysia sedang di peringkat akhir persiapan untuk membentangkan pelan tindakan menambah baik kecekapan proses dan prosedur serta reformasi struktur bag
Lesen media sosial tidak libatkan pengguna - Fahmi
Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.
AWANI Ringkas: Paris 2024: Regu wanita mara ke separuh akhir badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256
Fokus utama adalah untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit di kawasan terjejas memandangkan hujan berterusan dan banyak mayat masih tertimbus.
Hujan lebat jejas 1.2 juta orang di Hunan China, usaha menyelamat sedang dijalankan
Kawasan tanaman yang rosak akibat Taufan Gaemi telah mencecah 127,000 hektar dan 96,500 orang telah dipindahkan dengan selamat.
Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.
Malaysia harus kekal waras, konsisten sokong Palestin
Malaysia harus kekal menjadi negara yang waras dan pro-kemanusiaan dan konsisten dalam mempertahankan sokongan dan pendirian terhadap pembebasan Palestin.
Polis berkas tiga lelaki selepas kejar lebih 30 km, lepas tiga das tembakan
Polis memberkas tiga lelaki disyaki terlibat kes curi kenderaan selepas mengejar mereka lebih 30 kilometer dan melepaskan tiga das tembakan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.