MERSING : Kawasan perindustrian perlu dibangunkan di Mersing bagi mewujudkan peluang pekerjaan terhadap penduduk setempat khususnya golongan belia.
Calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Tenggaroh, Zulinah A Johari berkata, Mersing sepatutnya mempunyai peluang pekerjaaan yang meluas ekoran kedudukannya yang dikatakan sebagai pusat pelancongan.
Menurutnya, Mersing pada suatu ketika dahulu sememangnya mempunyai kawasan perindustrian namun malangnya ia tidak mampu bertahan lama.
“Pelancongan memang satu peluang yang baik di Mersing tapi kita perlu bangunkan lebih meluas kerana sebelum ini memang ada kawasan industri tapi tak bertahan lama.
“Dulu kita memang ada kawasan kilang yang buka banyak peluang pekerjaan terutamanya untuk anak Felda tapi tak mampu bertahan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Bercakap mengenai peluang pekerjaan terhadap golongan belia, Zulinah mengakui isu tersebut sememangnya menjadi ‘buah mulut’ penduduk setempat.
“Kita memang daerah pelancongan... sepatutnya banyak peluang pekerjaan jadi mereka (anak muda) tak perlu tinggalkan Mersing.
“Kita sedar peluang pekerjaan memang terhad, jadi ramai anak muda bila habis sekolah mereka akan tinggalkan Mersing dan kerja di luar seperti ke Singapura misalnya,” katanya lagi.
Justeru, beliau berhasrat untuk mewujudkan kawasan perindustrian kecil bagi membuka lebih banyak peluang terhadap penduduk setempat.
Dalam pada itu, Zulinah turut memberitahu, segelintir penduduk terpaksa memilih untuk kekal berada di Mersing disebabkan keperluan untuk menjaga ibu bapa.
Disebabkan itu, usaha untuk membangunkan kawasan industri itu penting bagi memastikan penduduk tidak terbelenggu untuk mencari pekerjaan.
Zulinah merupakan calon yang bertanding bagi merebut kerusi DUN Tenggaroh yang akan bersaing dengan calon Raven Kumar Krishnasamy (BN), Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang), dan juga calon Perikatan Nasional (PN), Roslan Nikmat.
Hilmi Malik
Sun Feb 27 2022
![PRN Johor: Wujudkan kawasan industri, atasi masalah kekurangan pekerjaan - Zulinah PRN Johor: Wujudkan kawasan industri, atasi masalah kekurangan pekerjaan - Zulinah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645961514_CalonPKRZulinahA.jpg)
Zulinah berkata, Mersing sepatutnya mempunyai peluang pekerjaaan yang meluas ekoran kedudukannya yang dikatakan sebagai pusat pelancongan. - Foto Astro AWANI
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival Kerjaya MFJ 5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival Kerjaya MFJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739506041_KarnivalKerjayaMY.jpg)
5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival Kerjaya MFJ
Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan di sektor swasta selain temu duga terbuka bagi jawatan dalam perkhidmatan awam ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) bermula esok.
![Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734516567_MIDAKomitmen.jpg)
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
![LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733576154_tbLigNexKoreaSe.jpg)
LIG Nex1 Korea Selatan lancar pejabat di Malaysia, sasar kepimpinan pertahanan serantau
Syarikat pertahanan terkemuka Korea Selatan, LIG Nex1 secara rasmi melancarkan pejabat cawangannya di Malaysia pada Jumaat.
![Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732613441_ZambryAbdulKadir.jpg)
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
![Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732411811_Grab.jpg)
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
![Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730451803_TBAhmadFahmi.jpg)
Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand
Festival MAROI (Malaysia Aroi) 2024 dijangka menjana nilai jualan kira-kira 40 juta Baht (100 Baht = RM12.93) sepanjang empat hari festival tersebut.
![NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah pada Januari-Julai 2024 NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah pada Januari-Julai 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699013836_MohamadHaris.jpg)
NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah pada Januari-Julai 2024
Ketua Eksekutif NCIA Mohamad Haris Kader Sultan berkata menerusi pelaburan itu, sebanyak 1,700 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
![PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723287338_Nenggiri.jpg)
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
!['Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang 'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723469708_TengkuHassanalShah.jpg)
'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang berkongsi keperibadian bondanya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendidik supaya memanggil Orang Asli sebagai 'Orang Kita'.
![Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712741910_TBBoeing.jpg)
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.