JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu selesa dan yakin bahawa kemenangan masih akan berpihak kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seperti mana yang dikecapi dalam beberapa siri pilihan raya kecil dan PRN Melaka sebelum ini.
Sebaliknya Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata semua pihak termasuk calon sendiri perlu terus melipat gandakan strategi mendekati rakyat dalam tempoh kempen yang ada, agar kemenangan terdahulu dapat diterjemahkan di negeri ini.
"Walaupun kita pernah menang, kita tidak boleh selesa. Kerja kena mesti lebih kuat dan saya harap serta berkeyakinan bahawa daripada sambutan rakyat terhadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, akan ada sesuatu yang baik untuk rakyat negeri ini," kata beliau sewaktu membincangkan "Pecutan Terakhir PRN Johor" pada program Suara Johor, terbitan Bernama TV hari ini.
Shamsul Anuar berkata sebagai negeri berhampiran Singapura, Johor mempunyai potensi besar untuk terus dibangunkan terutama dari segi ekonomi namun usaha melaksanakan pembangunan itu memerlukan "ramuan" dan perancangan teliti, agar manfaatnya dirasai segenap rakyat di seluruh negeri.
Katanya kerana itu juga, BN pada PRN Johor kali ini tampil dengan manifesto "Ikhtiar BN Johor" yang realisitik kerana mahu mengembalikan semula kekuatan ekonomi dan pembangunan negeri yang telah tertangguh sejak sekian lama akibat ketidaktentuan politik.
"Saya percaya selain daripada ikhtiar yang ditawarkan, banyak lagi perkara yang telah dirancang oleh BN Johor bagi menyediakan peluang ekonomi kepada rakyat agar dapat meningkatkan taraf kehidupan," katanya.
PRN Johor pada Sabtu ini menyaksikan seramai 2.597 juta pengundi layak mengundi dengan 173,177 daripadanya ialah anak muda berusia 18 hingga 20 tahun, yang akan menunaikan tanggungjawab mereka buat kali pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata semua pihak termasuk calon sendiri perlu terus melipat gandakan strategi mendekati rakyat dalam tempoh kempen yang ada. - Gambar fail/BERNAMA
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.