Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September ini.
Dalam pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, SPR menetapkan penamaan calon buat PRK Seri Setia pada 18 Ogos, dengan tempoh berkempen berlangsung selama 21 hari.
SPR turut menetapkan 4 September bagi hari mengundi awal.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.
Bagi permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tarikh permohonan adalah pada 8 Ogos dan tarikh turup pada 18 Ogos.
SPR telah melantik Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Aziz Mohd Zain sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia.
SPR akan menggunakan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
Ddaftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK Seri Setia menggunakan data Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemas kini sehingga 2 Ogos lalu.
Daftar pemilih tersebut mengandungi 53,492 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 50,692 pemilih biasa, 2,770 pengundi awal dan 30 pengundi tidak hadir luar negara.
Bagi DUN Balakong, daftar pemilih mengandungi 62,219 pemilih pendaftar yang terdiri dari 62,160 pemilih biasa, 31 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.
Pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka di www.spr.gov.my atau menelefon ke talian 03-8892-7018 atau melalui SMS 15888 atau melalui aplikasi MySPR Semak.
PRK DUN Balakong diadakan susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan di kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai.
BACA: ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin meninggal dunia
Kerusi DUN Seri Setia pula kosong selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.
BACA: ADUN Balakong maut dalam kemalangan
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Allahyarham Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon Pas, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.
Astro Awani
Wed Aug 08 2018

PRK Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September, 2018. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRK Seri Setia dan Balakong serentak 8 September
Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September ini.