Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus mempertingkatkan pemantauan perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan selepas masih ada parti dan calon melanggar peraturan pilihan raya.
Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, antara kesalahan termasuk melakukan ceramah tanpa permit dan khianat terhadap bahan kempen calon lawan.
"Secara keseluruhannya, semua berjalan dengan baik. Cuma masih berlaku pelanggaran kepada peraturan-peraturan perjalanan pilihan raya.
"Itu sentiasa dipantau bersama oleh pasukan penguatkuasa kita dan pihak polis serta Majlis Perbandaran Sandakan dan itu akan berterusan.
"Apabila berlaku kesalahan-kesalahan ini, kita akan rekod yang mana kita turut minta orang awam atau mana-mana pemerhati yang melihat kesalahan pelanggaran pilihan raya, kita jemput mereka membuat laporan polis berserta maklumat yang lengkap supaya siasatan boleh dibuat oleh pihak polis," tegasnya selepas memantau perjalanan proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Sandakan di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihati parti, calon dan mereka yang berkempen supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada.
Mengulas berkenaan perjalanan undi awal, Mohamed Elias berkata ia berlangsung dengan tenang dan teratur seperti yang dirancang oleh SPR.
Seramai 270 pengundi awal melibatkan anggota polis layak untuk mengundi di dua pusat pengundian iaitu di Pangkalan Polis Marin Sandakan dan IPD Sandakan.
Sehingga 11 pagi ini, sebanyak 72 peratus pengundi awal telah keluar mengundi.
Harits Asyraf Hasnan
Tue May 07 2019

Anggota polis beratur menunggu giliran untuk mengundi awal bagi PRK Parlimen Sandakan di Pusat Pengundian Awal di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan hari ini. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

Muhammad Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor
Muhammad Sanusi hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan beliau pada Julai tahun lepas yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda.

Kepimpinan Pas jangan jahil isu tanah - Pengerusi Kesedar
Zawawi mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan Kesedar sebagai bahan kempen dengan melontarkan tuduhan melulu dan tidak berasas.

Tuduhan menghasut: Bicara kes MB Kedah dijadual bermula esok
Semakan sistem mahkamah mendapati kes itu akan didengar Hakim Datuk Aslam Zainuddin pada pukul 9 pagi.

Mahkamah Tinggi perintah Papagomo masukkan kehadiran dalam kes saman Fahmi Fadzil
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai "Papagomo" memasukkan kehadiran dalam kes saman Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil terha

Fitnah ceramah politik di masjid, Fahmi Fadzil saman tiga individu
Fahmi memfailkan saman terhadap tiga individu termasuk blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai "Papagomo" atas dakwaan memfitnah.

Sanusi mohon maaf, perjelas dakwaan 'direhatkan'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf atas ketidakhadiran beliau dalam dua program ceramah politik berturut-turut.

Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini
Muhammad Sanusi akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada 9 pagi.

Semua pihak perlu akur larangan ahli politik beri kuliah di masjid - Anwar
Katanya, soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kepada semua pihak termasuk dirinya.

PRU15: Lebih 2,000 polis Kedah kawal pusat penamaan calon di seluruh negeri
11 pasukan Op Cantas akan pantau kempen, ceramah politik di lima kawasan panas di Kedah.