"Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, seharusnya Wan Azizah menetap di sana dan beri khidmat terbaik kepada penduduk di sana, kenapa dia hendak bertanding di Permatang Pauh pula?"
Itu persoalan yang disuarakan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menegaskan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dilihat seolah-olah 'didera' partinya sendiri apabila dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei depan.
"Saya hendak tanya dia (Wan Azizah), bukankah rumahnya di Kajang?
"Dia tidak mampu untuk menjaga dua kawasan dalam satu masa, dia ada kawasan di Kajang dan terbukti tidak menjaganya dengan baik, kenapa hendak ditambah lagi beban diri sendiri dengan menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh?" katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.
BACA: PRK P.Pauh: Wan Azizah kembali bertanding di Permatang Pauh
BACA: PRK P.Pauh: PKR 'ding dong' bila lambat umum calon - Dr Mohd Puad
BACA: PRK P. Pauh: Guna kekuatan sendiri untuk rampas Permatang Pauh - Reezal
Ahmad berkata, beberapa faktor menyebabkan Dr Wan Azizah dilihat tidak menjadi calon pilihan di Permatang Pauh pada PRK kali ini.
"Bagaimana kawasan yang pernah dipegang dahulu dan dilepaskan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hendak dijaga semula. Apa pengundi di sana tidak ada sensitiviti selepas amanah mereka dahulu dilakukan sedemikian.
"Wan Azizah sendiri tidak mempunyai rekod baik sejak menjadi ADUN di Kajang, apakah dia mampu menjaga Permatang Pauh dan berulang alik ke Kajang untuk menjaga dua kawasan yang benar-benar jauh lokasinya," jelasnya.
Kata Ahmad, UMNO turut mempunyai rekod pemimpin yang memegang satu Parlimen dan satu DUN namun ia berada dalam kawasan sama.
"Seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kelantan, dia ada Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas, namun tiada siapa boleh mempertikaikannya kerana ia dalam jajahan sama.
"Tok Pa (Mustapa) berjaya menjaga dua kawasan dengan baik kerana lokasinya yang berhampiran, jika dibandingkan dengan Wan Azizah, kes kedua-duanya jauh berbeza," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Dr Wan Azizah seharusnya memberi tumpuan kepada rakyat di Kajang.
Mas Ermieyati berkata, keupayaan Dr Wan Azizah untuk menjadi wakil rakyat bagi dua tempat yang berbeza dilihat meragukan.
Dalam pada itu ketika ditanya apakah cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dibawa sebagai bahan kempen di Permatang Pauh, ini katanya: "Isu GST harus diberi penjelasan agar rakyat faham kebaikannya, jika ada yang bertanya, kita akan memberitahu fakta-fakta tepat mengenainya dan memastikan jawapan diberi terhadap putar belit pembangkang mengenai GST."
BACA: PRK P.Pauh: Azizah sepatutnya beri tumpuan kepada Kajang - Mas Ermieyati
BACA: PRK P.Pauh: Jangan guna GST sebagai bahan kempen - Mohammad Agus
BACA: Ahmad Maslan tolak jemputan pembangkang untuk debat GST
Bagaimanapun penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini dilaporkan menasihatkan UMNO tidak menggunakan isu GST sebagai jaminan cukai itu dapat menurunkan harga barang semasa berkempen pada PRK Permatang Pauh.
Ujarnya, hujah GST yang dikatakan lebih rendah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilihat kempen tidak masuk akal.
PRK Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.
Selain Wan Azizah, calon lain ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).
Berdasarkan laporan SPR, Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,820 pengundi berdaftar dengan 627 orang pengundi awal.
Parlimen ini dianggap sebagai kubu kuat PKR apabila menguasai kerusi itu sejak tahun 1982.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 27 2015
AHMAD MASLAN: Bukankah rumah Wan Azizah di Kajang? - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.