MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman menyifatkan pengalaman yang ada ketika berkhidmat sebagai jurutera selama 30 tahun di Majlis Perbandaran Muar (MPM), kelebihan untuknya menyalurkan sesuatu permasalahan rakyat dengan lebih mudah dan tepat.
Nazri berkata melalui pengalaman itu, beliau tahu saluran yang tepat untuk merujuk sebarang aduan rakyat sama ada ke Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran atau agensi lain yang berkaitan.
"Secara tidak langsung kita salur masalah ke tempat yang betul, kalau tidak pengadu tak tahu saluran mana nak pergi, kadang-kadang terus direct takut tak sampai pada jabatan sepatutnya.
"Kebetulan saya bekas kakitangan awam di MPM dan semua ketua jabatan ialah sahabat saya, kami selalu berkongsi dan berbincang mengenai permasalahan ini dan dengan ada kelebihan ini, saluran lebih mudah," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Nazri yang memiliki Sarjana Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) berkata sewaktu di MPM, beliau sendiri sering menerima aduan daripada pemimpin setempat seperti wakil rakyat, penghulu dan ketua yang mengadu tentang masalah banjir kilat dan jalan rosak.
"Seboleh-bolehnya pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk saya cuba selesaikan masalah secepat mungkin, bila kita dapat selesaikan masalah rakyat dan pengadu dengan cepat sudah tentu sebagai PBT kita dapat laksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, Nazri berkata isu perparitan dan banjir kilat yang dihadapi di sesetengah kawasan tanah rendah terutamanya di kawasan perumahan lama seperti di Taman Temiang Jaya dan Taman Seri Mulia, Sungai Abong, tidak hanya dapat diselesaikan dengan cara membina parit-parit baharu.
Katanya, berdasarkan dapatan kajiannya setakat ini, rekod menujukkan trend peningkatan tiga milimeter setahun aras laut di Sungai Muar yang memungkinkan masalah banjir kilat menjadi lebih teruk jika tidak diatasi segera.
"Kadang-kadang kita beranggapan naik taraf sistem perparitan akan menyelesaikan masalah, sepanjang saya bertugas sebagai jurutera, sejak 2010 saya laksana projek atasi masalah banjir, dengan peruntukan yang ada di Muar hampir keseluruhan sistem perparitan kita sudah naik taraf.
"Tapi masalahnya kekerapan banjir masih berlaku di kawasan tanah rendah dan ada juga kawasan ini yang kita tak boleh naikkan tanah kerana di situ ada pembangunan," katanya.
Disebabkan itu, beliau berkata dapatan kajian peringkat doktor falsafah memfokuskan kepada isu banjir kilat dan banjir monsun yang sedang disiapkannya sekarang amat penting dalam mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang kepada permasalahan berkenaan.
"Bila masalah banjir ini selesai kita harapkan kawasan-kawasan terutama di Sungai Abong ini, penduduk akan lebih selesa dan ekonomi boleh dijalankan dengan lebih baik," katanya.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Nazri berkata, beliau tahu saluran yang tepat untuk merujuk sebarang aduan rakyat sama ada ke Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran atau agensi lain yang berkaitan. - Gambar/ Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.

PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.