JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan jentera BN supaya jangan terlalu yakin bahawa penyokong parti itu akan menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram nanti.
Mohamed Khaled berkata ini berikutan ada penyokong tegar parti itu masih keliru dengan ketiadaan calon BN yang bertanding dalam PRK berkenaan selain wujud dalam kalangan mereka yang masih tidak dapat menerima kerjasama antara PH-BN.
"Ini pertama kali berlaku kita bersama (PH-BN), kerana sembilan bulan lepas kita berlawan. Maka, kita perlu urus keserasian dan ini satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan memandangkan Johor tidak terlibat dengan Pilihan Raya Negeri enam negeri yang mendukung Kerajaan Perpaduan sebelum ini.
"Saya sebutkan banyak kali, BN tidak bertanding, jadi penyokong tegar BN mungkin tengok apabila BN tidak bertanding, dia mungkin tidak tahu siapa yang dia nak (undi) dan perkara ini kita perlu uruskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Johor di sini hari ini.
Mengulas tentang perkembangan kempen setakat ini, Naib Presiden UMNO itu berkata respons yang diterima daripada masyarakat adalah baik dan pengundi semakin faham berhubung kepentingan kerjasama antara PH-BN.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata wakil setiap Bahagian UMNO turut diletakkan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam usaha membantu kempen PRK kali ini bagi memastikan penyokong terus diberi kefahaman dan mengelak kekeliruan.
"Dengan usaha yang dilakukan, kita dapati ada kemajuan dalam kefahaman mereka untuk bersama dalam menjayakan hasrat parti. Apabila kita membuat pertemuan, maklum balas yang diterima amat baik.
Kalah menang itu perkara biasa, yang penting sehingga hari mengundi nanti, kita kena bekerja kuat. Walaupun kita dianggap boleh menang, tetapi kita akan terus bekerja. Itu pendekatan yang diambil dan kita tidak mahu membuat sebarang ramalan," katanya.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi tersebut Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
![PRK: Jangan terlalu yakin penyokong BN akan undi calon PH - Mohamed Khaled PRK: Jangan terlalu yakin penyokong BN akan undi calon PH - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693576234_MohamedKhaledNordi.jpg)
Mohamed Khaled berkata, ada penyokong tegar parti itu masih keliru dengan ketiadaan calon BN yang bertanding dalam PRK berkenaan. - Bernama
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Politik negara lebih stabil pada 2024 Politik negara lebih stabil pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601626455_Perangbendera.jpg)
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
![Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727533357_tbSyedHusseinBN.jpg)
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
![MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718874615_MUDA.jpg)
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718617485_kkbjpg.jpg)
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717411531_PKRSungaiBakap.jpg)
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
![Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716799080_LawChooKiang.jpg)
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
![PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713792521_TBZambryKadir.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
![PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713677107_MuhyiddinYassinPN.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695555539_TeoNieChing.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
![Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698987394_DatukIkmalrudinIsh.jpg)
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.