JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang yang menyumbang kepada kemenangan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, akan memberi impak besar di Johor.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impak gelombang tersebut akan membawa kepada kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September nanti.
Menurutnya, gelombang PN akan menerobos ke Johor yang merupakan tempat lahirnya UMNO.
"Dalam situasi dan keadaan politik negara ketika ini, PRK dua kawasan ini mempunyai signifikannya atau kesannya tersendiri. PRK ini diadakan selepas PRN enam negeri yang menyaksikan PN menang 146 kerusi atau 60 peratus.
"Dua kawasan ini iaitu Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan penerimaan gelombang PN sebagaimana yang melanda enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sewaktu PRN," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Kempas pada Rabu.
Hadir sama, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Zulkifli Jaafar sebagai calon PN di Parlimen Pulai dan Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon DUN Simpang Jeram.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengingatkan jentera PN agar meningkatkan usaha untuk memujuk lebih 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi bagi memastikan parti itu berjaya merampas dua kerusi berkenaan.
"Parlimen Pulai yang dahulunya kawasan hitam kini sudah bertukar putih dan peluang untuk menang agak tinggi.
"Kita sudah melalui banyak pilihan raya dan ini tidak mustahil meskipun analisis kawasan sebelum ini menunjukkan kawasan gelap. Jika kita mendapat sokongan 90 peratus daripada pengundi Melayu, kita yakin boleh menang," ujarnya.
Enam PRN baru-baru ini mengekalkan status quo apabila Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PN mengukuhkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun, kemenangan dikatakan lebih berpihak kepada PN kerana berjaya menembusi kubu PH-BN apabila mengurangkan majoriti Perpaduan di ketiga-tiga negeri dikuasai PH dan BN, termasuk menamatkan penguasaan dua pertiga PH di Selangor yang dicatatkan sejak 15 tahun lalu dan berjaya bertapak di Negeri Sembilan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram perlu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 23 2023

Muhyiddin berkata, gelombang PN akan menerobos ke Johor yang merupakan tempat lahirnya UMNO. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.

PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.