Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin berharap semua anggota parti baik di Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak terus memperkukuhkan perpaduan bagi kemenangan calon Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata semua anggota tidak seharusnya bekerja demi kepentingan sesetengah kelompok sebaliknya menumpukan usaha mempertahankan dua kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
"Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi, saya sentiasa mahu melihat ahli-ahli UMNO yang ada di dua Parlimen ini dapat menerima hakikat bahawa perpecahan boleh menyebabkan kita tumbang dalam mana-mana pilihan raya kecil.
Kalau kita boleh menyatukan mereka di kawasan itu dan tidak timbul lagi masalah dalaman, ianya akan memberikan kekuatan kepada parti apabila kumpulan yang ada di situ dapat bekerja dengan penuh komitmen, keikhlasan dan kejujuran untuk menentukan kemenangan calon kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pasaraya Syed di Kipmart Senawang, dekat sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata formula kejayaan BN di Sarawak yang mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi harus diaplikasikan dalam dua pilihan raya kecil itu.
Katanya, semangat berpasukan itu kelak mampu memberi keyakinan kepada pengundi untuk terus menyokong BN.
"Kalau ini boleh kita buktikan, insya-Allah rakyat akan beri sokongan yang kuat kepada kita. Saya minta semua ahli UMNO dan terutama penyokong BN, supaya memberi kerjasama dan tidak timbul masalah dalaman yang boleh merosakkan kekuatan kita," katanya.
Mengulas mengenai corak kempen yang akan dilaksanakan BN berikutan ia diadakan dalam bulan Ramadan, Hamzah berkata UMNO dan BN sentiasa mengamalkan kempen berhemah pada mana-mana pilihan raya.
"Sama ada dalam bulan puasa atau tidak, kita sentiasa berkempen secara berhemah, kita tak pernah lagi melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah kerana selalunya BN kempen secara baik," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah serta tiga yang lain termasuk juruterbang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mesyuarat khas semalam memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).
Manakala Parlimen Sungai Besar pula mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).
Bernama
Sat May 14 2016

HAMZAH: Semua anggota perlu menumpukan usaha mempertahankan dua kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.

Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).