PERALIHAN sokongan pengundi India daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) hampir 85 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Ia sekali gus mencatatkan sejarah kerana sokongan pengundi India secara besar-besaran telah membantu PH menamatkan pentadbiran kerajaan BN yang memerintah selama 61 tahun dan meletakkan PH di atas singgahsana Putrajaya.
Pelbagai faktor menyumbang kepada kejayaan PH. Antaranya, penolakan pengundi India terhadap parti Malaysian Indian Congress (MIC), sebuah parti komponen BN yang bukan sahaja parti merintis kemerdekaan negara bersama UMNO dan MCA malah membela kepentingan kaum India sejak merdeka.
MIC yang kini berusia 72 tahun hampir lenyap dalam medan politik Malaysia pada PRU14 lepas.
Namun, Senator Tan Sri S.A. Vigneswaran Sanasee yang baru mengambil alih kepimpinan MIC, sebagai presiden parti yang ke-10 berhasrat untuk mengambil tindakan bagi merekayasa parti itu supaya tidak tertimbus dan hilang daripada medan politik Malaysia.
Sehubungan itu, dengan sokongan kaum India terhadap MIC serta sejarahnya menunjukkan bahawa parti itu mendapat sokongan hebat daripada kaum India sejak pilihan raya pertama.
Malah MIC mencatatkan kemenangan seratus peratus secara terus menerus pada pilihanraya pilihanraya umum pada tahun 1995, 1999 dan 2004.
Namun, pemimpin-pemimpin barisan hadapan MIC, termasuk presidennya kalah dalam PRU12.
Malah sebahagian besar calon-calon MIC terus terjunam pada PRU13 dan PRU14 termasuk presidennya sendiri.
Pada PRU14, MIC hanya menang dua daripada sembilan kerusi Parlimen dan tiga daripada 18 kerusi DUN dengan majoriti yang kecil.
Namun, kini MIC tinggal satu kerusi Parlimen sahaja kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menolak kemenangan calon MIC bagi kerusi parlimen Cameron Highlands atas aduan kononnya berlaku rasuah.
Dalam pada itu, sokongan kaum India secara besar-besaran terhadap PH pada PRU14 dikesan bukan kerana mereka menyokong ideologi politik atau lebih suka kepada gaya politik kepimpinan PH.
Mereka nampak lebih kepada faktor terpengaruh dengan gelombang ‘perubahan’ yang bergerak secara deras di seluruh Malaysia merentasi semua kaum.
Malah, manifesto pilihan raya PH yang menjanjikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada rakyat terutamanya golongan pendapatan rendah juga dikesan turut memikat dan menawan hati pengundi India.
Sokongan hebat kaum India kepada PH pada PRU14 mendorong PH melantik empat orang daripada kaum keturunan India sebagai menteri malah ramai daripada kaum India sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di negeri-negeri yang ditawan PH.
Perlantikan ini dilihat sangat luar biasa kerana kerajaan BN tidak pernah melantik begitu ramai sebagai menteri dan Exco pada zamannya.
Walaupun perlantikan tersebut mengembirakan kaum India pada awalnya, akhir-akhir ini sebahagian besar komuniti India kecewa dan gelisah terhadap masa depan mereka kerana bimbang terhadap kemampuan kerajaan PH untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi mereka seperti diharapkan.
Walaupun kerajaan PH disertai ramai pemimpin India, kaum India tetap merasa hak legitimasi mereka kurang dibela malah dikesan terhakis.
Kaum India selaku komuniti kecil negara, iaitu hanya tujuh peratus daripada jumlah penduduk juga menzahirkan rasa kurang puas hati terhadap kerajaan PH kerana pengurangan peruntukan dalam Bajet 2019 untuk program sosial dan ekonomi mereka.
Malah, peruntukan bagi kaum India di dalam bajet negeri-negeri juga dilaporkan berkurangan.
Selain itu, kaum India juga dikesan kurang senang hati dengan perkembangan politik mutakhir ini terutamanya perbalahan dan pertelingkahan antara pemimpin-pemimpin utama parti gabungan PH.
Selain itu, kaum India yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan B40, didapati terus tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.
Atas faktor-faktor itu, calon MIC dijangka bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK nanti.
Memandangkan MIC hanya menang kerusi itu dengan majoriti tipis (597 undi) pada PRU14, realitinya tidak mudah bagi MIC mempertahankan kawasan Parlimen berkenaan.
Namun, sekiranya jentera pilihan raya kecil (PRK) MIC mula bekerja kuat dan bijak dalam strategi termasuk menjalinkan kerjasama serta hubungan baik dengan Pas, maka MIC tetap ada harapan untuk menawan semula kerusi itu.
Apapun, PRK Cameron Highlands dijangka menjadi ujian 'litmus' untuk menunjukkan tahap sokongan kaum India kepada MIC sekali gus BN.
Walaupun calon MIC menang pada PRK ini, ia tidak langsung mengugat kekuatan Kerajaan PH.
Namun, keputusan itu pasti menyuntik semangat dan harapan baru kepada kepimpinan baru MIC untuk meneruskan agenda untuk memulihkan kekuatan parti itu sendiri.
*Datuk M.Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Dec 31 2018

Vigneswaran selaku Presiden MIC yang baru berhasrat bertindak bagi merekayasa parti supaya tidak tertimbus dan hilang daripada medan politik Malaysia. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.