KOTA KINABALU: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan pendirian teguh dalam menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Semua presiden parti komponen di bawah GRS mengesahkan perkara itu hari ini, sambil menegaskan, GRS merupakan parti politik yang mempunyai jumlah ADUN paling banyak dalam DUN Sabah.
"Tindakan Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri membuktikan wujudnya gerakan awal yang telah dibuat bersama Parti Warisan (Warisan) untuk menggugat kestabilan politik di negeri ini.
"Tindakan ini adalah susulan daripada kegagalan perancangan awal mereka pada 5 Januari lalu.
"Bagaimanapun, pengumuman tersebut tidak memberikan kesan terhadap kedudukan semasa Hajiji kerana keabsahan Ketua Menteri ditentukan melalui sokongan majoriti ADUN berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.
"Beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan," kata mereka dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, mereka berkata, GRS turut menghargai sokongan yang disuarakan majoriti ADUN lain, termasuk sokongan kolektif ADUN Pakatan Harapan (PH), BN, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan ADUN dilantik.
"Komitmen padu ini berpaksikan kepada kesedaran bahawa kepentingan rakyat dan negeri seharusnya diutamakan berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
"Sebarang gerakan untuk membentuk kerajaan dari pintu belakang dan tidak melalui proses pilihan raya radalah tindakan yang mengkhianati mandat rakyat dan seharusnya ditolak," kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan ADUN GRS iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Mirlen Axtius
Sat Jan 07 2023
![Politik Sabah: Semua ADUN GRS teguh sokong Hajiji, Ketua Menteri Politik Sabah: Semua ADUN GRS teguh sokong Hajiji, Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670767286_GRS.jpg)
Ketua parti komponen GRS menyatakan hari ini Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebarang kenyataan parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723618270_TBAsyrafWajdi.jpg)
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
![GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672968043_JonistonBangkuaiS.jpg)
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
![GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672968043_JonistonBangkuaiS.jpg)
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
![Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619126102_DatukAzizah.jpg)
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
![PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709373573_HajijiNoor.jpg)
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.
![Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709373573_HajijiNoor.jpg)
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
![Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
![Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705371729_ArmizanMohdAli.jpg)
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
![GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704892612_KetuaMenteriSabah.jpg)
GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan
Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS kekal memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![GRS yang selamatkan Sabah - Armizan GRS yang selamatkan Sabah - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702796966_Armizan.jpg)
GRS yang selamatkan Sabah - Armizan
Slogan yang dilaungkan Warisan mengenai 'Selamatkan Sabah, sejahterakan rakyat' hanya sekadar retorik dalam politik untuk 'dihidangkan' kepada rakyat.