KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menegaskan ia tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata wakil rakyat kepada pembangkang.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau sudah beberapa kali berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkaitan perkara itu.
Begitupun, kerajaan meminta beberapa jaminan malah meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan, seolah-olah memohon peruntukan tersebut.
""Semasa pemerintahan PN di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang, untuk tandatangan MoU, setuju dengan syarat dan diberikan peruntukan itu.
"Kenapa kami perlu menghantar surat pula kalau kata benar nak bagi dan kami memberi aku janji tertentu.
"Sebab itulah terhentinya. Kami tidak akan tulis surat apa-apa untuk dapatkan peruntukan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Takiyuddin turut menekankan janji peruntukan sama rata terkandung dalam manifesto yang dilaungkan pemimpin kerajaan.
"Tapi PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini 'twist'. Beliau kata ada bagi peruntukan kepada projek-projek dalam kawasan pembangkang. Itu bukan isunya.
"Isunya adalah peruntukan kepada Ahli Parlimen yang diberikan sebelum-sebelum ini," dakwanya.
Isu peruntukan kepada pembangkang kerap dibangkitkan, termasuk di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen PN berulang kali mendesak mereka turut diberikan peruntukan daripada kerajaan.
Perdana Menteri juga berulang kali mengingatkan pembangkang, sekiranya mereka mahukan peruntukan, mereka perlu segera berbincang dengan Fadillah.
Walaupun sudah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu tersebut masih belum menemui penyelesaiannya.
Ridauddin Daud
Fri Nov 03 2023

Takiyuddin bercakap sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.