AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) Melaka sedia mengadakan rundingan dengan UMNO untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ia bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“PN negeri terbuka sekiranya UMNO ingin berunding untuk elak pertembungan tiga penjuru.
“Apa yang pasti ialah Bersatu tidak akan bertembung dengan parti komponen kita iaitu Pas dan Gerakan yang mana hari ini juga kita telah menunjukkan satu solidariti mengadakan sidang media bersama,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek dan Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.
Mengulas hubungan PN Melaka dengan UMNO ketika ini katanya, sokongan PN terhadap kepimpinan kerajaan negeri hari ini tidak pernah berubah.
“Saya telah menyatakan pendirian kita sebelum ini menyokong kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Itu amat jelas maksudnya kita dalam tempoh Sulaiman menjadi ketua menteri, kita tidak adalah krisis besar dengan kepimpinan beliau. Kalau ada perselisihan pendapat itu biasa,” tambahnya.
Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Ia selepas empat wakil rakyat iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.
BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker
Shuhada Abdul Kadir
Tue Oct 05 2021

Mohd Rafiq dalam sidang media petang ini berkata, ia bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Foto Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PRN Melaka: UMNO bersama Pas? PN sentiasa bersedia - Mohd Rafiq
Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan.

PRN Melaka: PN negeri muktamad agihan kerusi minggu ini - Rafiq
Perikatan Nasional (PN) Melaka akan memuktamadkan agihan kerusi bersama parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), minggu ini.

PN Melaka sedia runding dengan UMNO - Mohd Rafiq
Perikatan Nasional (PN) Melaka sedia mengadakan rundingan dengan UMNO untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.