MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menjelaskan bahawa gabungan itu telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November ini.
Ujarnya selain itu, Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan.
"Saya fikir kenyataan telah dibuat bahawa Pas adalah salah satu daripada komponen PN, (maka) tidak timbul isu memujuk ataupun apa kerana saya tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada di tahap tertinggi termasuk dari segi jentera.
"Pelbagai program telah kita gerakkan (bersama) ke akar umbi dan rundingan kerusi juga insyaAllah ada sedikit sahaja lagi yang perlu diselesaikan dan kita akan umumkan sebelum penamaan calon nanti," katanya di sini hari ini.
Tidak tunggu siapa-siapa
Mengulas lanjut mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis untuk bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN), jelas Mohd Rafiq, PN sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan apa sahaja situasi.
Malah PN Melaka, ujar Mohd Rafiq tidak menunggu siapa-siapa untuk menghadapi PRN Melaka.
"Itu keputusan UMNO, jadi itu hak UMNO, kita Bersatu kita tidak boleh bercakap bagi pihak UMNO.
"Kalau itu keputusan UMNO, kita Bersatu terima apa sahaja keputusan UMNO dan kita kena buat persiapan dan kita dah buat persiapan pun atas nama Perikatan Nasional Melaka.
"Kita tidak pernah menunggu sesiapa, kalau rakyat boleh tengok sejak DUN dibubarkan, kita parti komponen PN antara Pas, Bersatu dan Gerakan kita telah buat persiapan kita," jelasnya lagi.
Tambah Mohd Rafiq, PN sentiasa memperkukuhkan gabungan itu.
"Pelbagai persiapan telah dibuat (dari sudut) jentera, mesyuarat bersama (komponen PN) telah dibuat dan rundingan kerusi juga insyaAllah ada sedikit lagi yang perlu diselesaikan.
"Jadi saya fikir keputusan UMNO itu hak UMNO, bukan Bersatu untuk mengulas.. di pihak kita, kita konsisten akan bertanding atas PN.
"Seperti mana diwar-warkan (Pengerusi PN) Tan Sri Muhyiddin, itulah keputusan parti komponen dalam Perikatan Nasional untuk bertanding atas tiket PN," katanya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka: Siapa yang untung?
Komitmen Pas bersama PN tinggi
Mengulas lanjut mengenai keputusan sama ada Pas akan terus bersama PN, tambahnya tidak timbul isu melibatkan Pas dalam PN.
"Saya fikir kenyataan telah dibuat bahawa Pas adalah salah satu daripada komponen PN, tak timbul isu memujuk ataupun apa.
"Saya tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada pada tahap tertinggi, termasuk dari segi jentera dan juga semua program yang telah kita gerakkan ke akar umbi.
"Kalau mengikut kenyataan Tan Sri Muhyiddin itulah keputusannya, selebihnya kena tanya Presiden Pas sendiri," kata Pengerusi PN Melaka itu.
Fareez Azman
Fri Oct 29 2021

Ujar Mohd Rafiq, Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.