Prestasi Perikatan Nasional (PN) dilihat menjadi antara penyumbang kepada kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
PN, merangkumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) yang bertanding di bawah satu logo, berjaya memenangi kira-kira 59 peratus kerusi ditandingi, iaitu 17 daripada 29 kerusi.
Ia melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Pintasan, Sulaman, Kawang, Membakut, Klias, Kuala Penyu, Karanaan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Tulid, Sook, Nabawan, Labuk dan Apas.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, cemerlang di kerusi Sulaman dengan memperoleh majoriti 3,099, mengalahkan dua pencabarnya Rekan Hussien daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan Aliasgar @ Ali Ashgar Basri dari Parti Warisan Sabah (Warisan).
Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mengekalkan kerusi DUN Tambunan dengan majoriti 6,792, dalam pertandingan enam penjuru.
Barisan Nasional (BN), yang dianggotai UMNO, MCA dan PBRS, merupakan rakan sekutu dalam GRS memenangi 14 daripada 41 kerusi ditandingi. BN-UMNO memenangi 34 peratus kerusi yang ditandingi, iaitu di Bengkoka, Tempasuk, Usukan, Pantai Dalit, Karambunai, Tanjung Keramat, Pantai Manis, Sugut, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Lamag, Sukau, Balung dan Tanjung Batu.
BN-MCA yang bertanding di empat kerusi - Kapayan, Elopura, Karamunting dan Likas - dan BN-PBRS yang bertanding Mattunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook, gagal memenangi sebarang kerusi.
Prestasi BN merosot, berbanding 29 kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
Melengkapkan kemenangan keseluruhan 38 kerusi bagi GRS pada PRN ialah, tujuh kerusi yang menjadi milik Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu di Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.
Sementara itu, Warisan walaupun gagal mempertahankan kerajaan negeri, mencatatkan prestasi lebih baik berbanding PRU14. Parti itu memperoleh 29 kerusi daripada 54 kerusi ditandingi, berbanding 21 kerusi pada PRU14.
Rakan sekutu mereka di dalam Warisan Plus, PKR, mengekalkan dua kerusi dimenangi pada PRU lalu iaitu di Inanam dan Api-Api, sementara UPKO hanya memenangi DUN Kadamaian daripada 12 kerusi ditandingi.
Pilihan raya negeri itu dilihat menjadi pertembungan sengit antara GRS dan Warisan Plus dengan parti-parti tempatan, termasuk PCS yang bertanding di kesemua 73 kerusi, gagal meraih sebarang kemenangan.
Nasib sama turut menimpa Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Liberal Democratic Party (LDP), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Sabah Native Co-operation Party (Anak Negeri), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
Bagaimanapun, tiga kerusi DUN berjaya dimenangi calon Bebas iaitu Datuk Seri Ruddy Awah (Pitas), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin menelefon Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyaksikan keputusan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah di Kota Kinabalu, 26 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Wujudkan bank pokok tempatan, tangani isu pokok tumbang
Keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran.
Perdagangan EE Malaysia perlu langkah lebih padu, kuasai pasaran global - Matrade
Ketua pegawai eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata visi agensi itu adalah untuk menjadikan industri tersebut kalis masa depan dan mencapai pasaran global yang lebih luas.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.