PUTRAJAYA: PKR perlu sentiasa bermusyawarah dengan gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi mempertahankan pentadbiran sehingga tamat tempoh penggal, kata Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kekuatan Kerajaan Perpaduan bukan hanya bersandarkan kepada PKR semata, malah turut melibatkan gabungan parti daripada beberapa parti politik yang lain.
"Dalam pakatan kita yang besar, ada berbelas parti yang bersama dalam kerajaan. Untuk itu, penting kita memastikan bahawa kekuatan Kerajaan Perpaduan adalah dari segi gabungan.
"(Justeru) saya memohon saudari-saudari mempunyai sedikit kesabaran dan komitmen untuk melihat bahawa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang formulanya berlandaskan muafakat dan juga campuran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, yang dihadiri seramai 475 perwakilan dan 287 pemerhati.
Fadhlina dalam pada itu mengingatkan para perwakilan agar menyelesaikan sebarang isu dalaman dengan cara profesional termasuk mengadakan mesyuarat.
"Tunjangnya adalah amanah...soal bergaduh, salah faham, tak puas hati dalam urusan parti ini perlu diuruskan secara profesionalisme...kena diuruskan melalui mesyuarat.
"Disiplin-disiplin parti mestilah dipatuhi untuk pastikan soal teras ini benar-benar kita angkat dalam konteks kepimpinan kita," katanya.
Menyentuh mengenai rasuah, beliau meminta para perwakilan untuk terus menyampaikan mesej perjuangan dan semangat parti dalam melawan amalan buruk itu serta mengangkat nilai baik sehingga ke peringkat akar umbi.
"Perkara yang membezakan kita dengan kerajaan sebelum ini adalah kekuatan nilai itu yang cukup kita jaga dan pertahankan selama ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Fadhlina berkata, kekuatan Kerajaan Perpaduan bukan hanya bersandarkan kepada PKR, malah turut melibatkan gabungan parti daripada beberapa parti politik yang lain. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.