SUNGAI PETANI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap parti politik perlu menggunakan fakta untuk menyatakan sesuatu pandangan ketika berkempen dan bukannya dengan cara yang tidak mempunyai 'akhlak politik' walaupun berbeza pendapat.
Presiden UMNO itu berkata perbuatan tersebut hanya akan memberi gambaran yang negatif bukan sahaja kepada pengundi tetapi juga rakyat keseluruhannya lebih-lebih lagi jika membabitkan pemimpin parti berasaskan agama.
Beliau berkata antara perkara yang perlu dielak disentuh sepanjang kempen ialah isu 3R (agama, raja dan kaum) bagi menjaga keharmonian serta ketenteraman dalam kalangan masyarakat dan mana-mana pihak yang ingkar, perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
"Apatah lagi jika menghina... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Jentera Pilihan Raya UMNO/BN di Merbok dekat sini hari ini.
Ahmad Zahid merujuk tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilapor mengemukakan permohonan ampun dan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan yang didakwa mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Beliau berkata memaki hamun, mencaci serta memfitnah kemudian memohon maaf adalah budaya yang tidak boleh diterima dan harus ditolak oleh rakyat keseluruhannya tanpa mengira apa pun agama yang dianuti.
Ditanya sama ada 'aura' tersendiri yang dimiliki Muhammad Sanusi boleh memberi kesan kepada kempen BN dan Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid menyifatkan Menteri Besar Kedah itu tidak lebih daripada 'pelawak politik.'
"Seorang pelawak mempunyai ramai pengikut bukan kerana aura tetapi kalau pelawak politik yang tidak mempunyai aura dianggap sangat terkenal dan popular maka kita serahkan kepada kebijaksanaan pengundi di negeri Kedah.
"Yang kita cari ialah kerajaan yang boleh dipercayai, yang berwibawa serta pemimpin yang serius yang menjaga soal-soal kepentingan dan kemakmuran rakyat bukan hanya menjadi pelawak politik," katanya.
Mengulas keyakinan Pengerusi PH Kedah Datuk Seri Mahfuz Omar bahawa PH dan BN mampu menguasai 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya negeri nanti, beliau berkata kedua-dua gabungan perlu bekerja keras bagi merealisasikan perkara itu.
"Yang penting kita bekerja keras dahulu baru kita boleh memberitahu bahawa kita berada di garis paling hadapan untuk memenangi mana-mana pilihan raya DUN di enam negeri terutama di Kedah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
![Pihak berkuasa perlu ambil tindakan pihak sentuh 3R - Zahid Pihak berkuasa perlu ambil tindakan pihak sentuh 3R - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689421483_TBZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid (dua, kiri) ketika mengadakan perjumpaan bersama jentera pilihan raya UMNO/BN di MRSM Merbok hari ini. Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri). --fotoBERNAMA
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
Gara-gara mabuk, rakan serumah tikam lelaki 11 tikaman
Seorang lelaki cedera ditikam dengan 11 tikaman orang rakan serumahnya yang mabuk di Desa mentara, Sungai Way Petaling Jaya pada Rabu.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah, George Town awal bulan ini mungkin dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hab anak muda di Stadium Muar: Skop naik taraf dari balapan ke padang - Adam Adli Hab anak muda di Stadium Muar: Skop naik taraf dari balapan ke padang - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721205745_AdamAdliAbdHalim.jpg)
Hab anak muda di Stadium Muar: Skop naik taraf dari balapan ke padang - Adam Adli
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
![20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid 20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037744_ZahidHamidi.jpg)
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
![SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721004034_MLBBMidSeasonCup.jpg)
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
![Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720955645_TBZAHIDMUAR.jpg)
Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720561781_AbdulHadi.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
![Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716013821_AhmadZahidHamidi.jpg)
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
![UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720425533_Zahidumno.jpg)
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424816_ZahidHadiAwang.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
![PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625710999_SivamuruganPandian.jpg)
PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik
Akar umbi perlu memahami 'roh' sebenar yang mahu dibawa oleh BN, sekali gus memudahkan proses perancangan penentuan kerusi dan calon PRU16.
![RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720076038_ZahidHamidi.jpg)
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.