ROMPIN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan Barisan Nasional (BN) memilih Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri kerana blok politik itu sedia bekerjasama tanpa meletakkan sebarang syarat supaya kerajaan negeri ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat.
Beliau berkata Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor menghubunginya selepas keputusan muktamad Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung selepas tiada blok politik memperoleh majoriti mudah, yang berlaku buat pertama kali di negeri ini.
Selain PH, Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata turut dihubungi oleh Perikatan Nasional (PN) untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri, namun PN yang diwakili Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan beberapa syarat bagi tujuan itu.
Antara syarat itu adalah Wan Rosdy diberi jawatan menteri penuh bertaraf senator, manakala jawatan Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN diberi kepada PN, sementara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dibahagi secara sama rata dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan juga diberikan kepada PN.
Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata PN kemudiannya menawarkan jawatan Menteri Besar kepada BN selepas dimaklumkan PH tidak meletakkan sebarang syarat dalam pembentukan kerajaan negeri.
"Saya kira-kira dan lihat ini bukan hendak berbincang tetapi sudah ditetap dan ditentukan... kalau saya setuju dengan permintaan mereka.
"Di DUN Pahang ada 42 kerusi, kalau saya setuju mereka akan ada 22 undi di DUN yang boleh menyebabkan saya tersingkir pada bila-bila masa.
"Jadi (jika ia berlaku) apa akan berlaku pada kerajaan negeri? Kita hendak tubuhkan kerajaan negeri kerana nak teruskan agenda kita untuk bekerja, teruskan kestabilan dan kemakmuran.
"Banyak agenda hendak dilakukan, bukan untuk politiking," katanya semasa berucap pada Ceramah Umum PRU15 DUN Tioman di Pasar Besar Rompin di sini semalam.
Buat kali pertama di Pahang, BN dan PH berkongsi pentas pada ceramah pilihan raya apabila turut sama pada program itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Amirudin.
"Keputusan untuk bersama PH bukan keputusan saya seorang. Saya bawa dalam perbincangan dengan rakan-rakan ADUN, dalam Badan Perhubungan UMNO... saya ceritakan apa yang berlaku dan kami ADUN dan BN Pahang sebulat suara bersetuju nak bersama dengan PH," katanya.
Sementara itu, Mohamad dalam ceramahnya mengingatkan semua pengundi DUN Tioman untuk mengundi calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain selepas PH mengambil ketetapan supaya calon mereka Mohd Fadzli Mohd Ramly memberi laluan kepada calon tersebut, mengambil kira perkembangan di Pahang dan Persekutuan yang menyaksikan kerjasama antara BN dan PH.
Beliau juga mengakui pada awal kerjasama itu, ditanya oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimana beliau akan berceramah dengan UMNO selepas 44 tahun "menghentam" mereka.
"Saya pun tidak tahu bagaimana nak bermula. Kita dalam politik boleh berubah kawan dan rakan, tetapi tidak akan mengubah matlamat dan dasar yang kita pegang. Kita akan ambil kritikan pembangkang, teguran rakyat untuk membina negara yang lebih baik dengan menjunjung Perlembagaan yang ada," katanya.
Mengulas mengenai keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN bagi pilihan raya itu, Mohamad berkata pihaknya tidak menerima sebarang tentangan daripada pimpinan negeri berhubung keputusan itu.
"Setakat ini tiada (tentangan), rungutan itu perkara biasa Insya-Allah kita boleh uruskan ini keputusan parti bila keputusan dibuat semua kena patuh kalau ada yang tak berpuas hati saya ingat itu sementara," katanya.
Ketika ditanya mengenai jika kerjasama sedemikian akan diteruskan di peringkat Pilihan Raya Negeri (PRN) beberapa negeri akan datang, Mohamad berkata ia akan diputuskan berdasarkan perkembangan semasa.
PRU5 DUN Tioman akan diadakan pada 7 Dis ini, setelah ditangguhkan ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.
Pilihan raya itu akan menyaksikan saingan lima penjuru antara Mohd Johari, Mohd Fadzli, Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Wan Rosdy (tengah) bersama Mohamad (kanan) dan Amirudin (kiri) ketika hadir pada ceramah umum sempena PRU15 DUN Tioman di Rompin, 30 Nov 2022. -- fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiada keperluan wujud menteri khusus masyarakat bukan Islam - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub di Dewan Rakyat berkaitan isu itu seharusnya ditolak kerana boleh mencetuskan polemik.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.

Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.

Bayaran BKK satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan BKK sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dikreditkan pada tahun hadapan.

Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.

Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.

Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.