Pakatan Harapan sedar golongan pengundi muda di negara ini, lebih bijak menilai prestasi sesebuah kerajaan, dan tidak terlampau taksub dengan mana-mana parti politik, kata Ketua Pemudanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Atas dasar itu, jelas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, beliau sudah berkali-kali menyampaikan suara anak-anak muda kepada pimpinan kanan kerajaan, serta perlunya mengambil serius segala pandangan golongan itu.
“Benda yang paling mustahak sekali adalah kerajaan ini perlu ambil pandangan anak muda secara serius. Kita tak boleh menganaktirikan pandangan mereka kerana kita perlu ingat, dan bermuhasabah, bahawa anak mudalah yang telahpun mencetuskan gelombang politik dan buat pertama kalinya membawa kerajaan Harapan untuk mentadbir.
“Dalam hal ini memang banyak kali saya bincangkan, sebelum ini ada three-way discussion dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) untuk membincangkan berapa perancangan besar bagi anak muda, selain rangka perbincangan sebab kita nak ada tawaran pelan yang komprehensif bagi golongan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas selesai sesi Town Hall Belia dan Kepimpinan Sukan bersama Menteri Belia dan Sukan, di Universiti Putra Malaysia.
Menjelaskan lebih lanjut, Syed Saddiq berkata, tawaran itu akan disasarkan kepada semua golongan muda, termasuk belia berisiko, belia Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), mahasiswa di peringkat universiti, graduan dan lain lain.
“Tapi yang bagusnya kita kena ambil isu ini dengan sangat serius, tak boleh pandang remeh, kerana anak muda tak taksub kepada mana-mana parti politik.
“Mereka bijak menilai dan dia lihat kepada prestasi dan dasar yang kita ketengahkan dan saya akan pastikan bahawa kita bekerja untuk mereka dengan jauh lebih keras,” kata Ahli Parlimen Muar itu lagi.
Firdaus Azil
Sat Mar 09 2019
Pengundi muda di negara ini, lebih bijak menilai prestasi sesebuah kerajaan, dan tidak terlampau taksub dengan mana-mana parti politik, kata Ketua Pemudanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Pemilu 2024: Visi calon presiden untuk anak muda masih kabur - Wakil Pelajar Indonesia
Visi calon-calon presiden dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk anak muda ketika ini masih belum jelas.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.