KUALA LUMPUR: Usaha memupuk semangat muafakat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu bermula dari rumah, kata Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bryan Ng Yih Miin.
Beliau berkata dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak lazimnya mencontohi dan mempelajari setiap amalan serta percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
"...Kena mula dari rumah, ibu bapa sendiri kena ada kesedaran bahawa anak-anak mereka adalah seperti kertas putih, mereka belajar dari sekolah, kawan-kawan, tetapi yang paling memberi kesan kepada mereka adalah ibu bapa sendiri.
"Ibu bapa kena pertahankan kesejahteraan dan keamanan negara untuk masa depan anak-anak dan tidak boleh memainkan isu yang berbaur perkauman, kita kena beri kesedaran (kepada anak-anak) bahawa perkara ini tidak baik dan tidak boleh diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Semai Perpaduan, Kekal Keharmonian' terbitan Bernama TV.
Dalam pada itu, Ng mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan oleh sesetengah pihak, terutamanya kumpulan laskar siber yang kerap mengetengahkan isu agama dan perkauman di laman maya.
"Kita kena ingatkan diri, jangan mudah terikut-ikut kumpulan macam ini. Sekiranya ada sebarang siaran yang berbaur elemen agama atau perkauman, jangan terlalu cepat kongsi, fikir dulu. Tanya diri sendiri, adakah yang diperkatakan itu benar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023

Manurut Bryan, ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka. - Foto Facebook/Bryan Ng Yih Miin
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

'Kami kecewa, rasa dianiaya' - Pekerja p-hailing dakwa kadar upah tidak setimpal
Masalah timbul apabila seseorang penghantar makanan itu perlu menghantar makanan ke lokasi yang lebih jauh berbanding sebelum ini.