ALOR SETAR:Pakatan Harapan (PH) Kedah mengambil pendirian untuk terbuka dalam menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Pengerusi PH Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata keterbukaan pihaknya terutama Parti Amanah Negera (Amanah) selaras seruan presiden parti itu untuk memperbanyakkan rakan serta mengurangkan musuh politik.
"Dalam konteks Kedah, kami memegang pandangan presiden kami (Mohamad Sabu)... kita hendaklah banyakkan kawan dan mengurangkan lawan. Rakan-rakan Pejuang adalah merupakan rakan kami dahulu (dalam Bersatu).
"Dalam konteks pilihan raya akan datang, kita akan terus bekerjasama (dengan mereka)... dalam konteks Kedah, kita akan bekerjasama dengan rakan daripada penaja Pejuang," katanya.
Beliau mengulas mengenai perkembangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran Pejuang yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu surat yang dikeluarkan pada Rabu.
BACA: RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
BACA: Selepas Pejuang, permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak
Dalam perkembangan sama, Phahrolrazi berkata persiapan PH Kedah dalam menghadapi PRU15 kini sudah berada pada tahap melebihi 50 peratus.
Tambahnya, perbincangan lanjut juga ketika ini banyak menjurus kepada pembahagian kerusi yang ditandingi Bersatu dalam PRU14 memandangkan parti itu kini tidak lagi merupakan rakan kompenen PH.
Katanya, PH Kedah juga telah memutuskan, mana-mana parti kompenen iaitu Amanah, DAP dan PKR yang bertanding atau memenangi mana-mana kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah sebelum ini akan diberi peluang untuk bertanding semula di kawasan berkenaan.
Beliau juga menyasarkan PH memenangi lebih daripada 20 kerusi DUN di Kedah sekali gus dapat merampas semula pentadbiran negeri itu.
Komposisi kedudukan kerajaan negeri Kedah ketika ini menyaksikan gabungan ADUN PAS-UMNO-Bersatu yang membentuk kerajaan baharu negeri pada Mei memiliki kekuatan 23 ADUN.
Di pihak pembangkang menyaksikan PH dengan 11 ADUN yang diwakili PKR (lima), Amanah (empat) dan DAP (dua) selain Pejuang (dua).
Terdahulu, Phahrolrazi ditemui selepas Majlis Jamuan Kesyukuran sempena Pembukaan Pejabat Ketua Pembangkang DUN Kedah di Wisma Darul Aman pada Khamis.
Abd Hadi Che Awang
Thu Jan 07 2021
![PH Kedah sedia bekerjasama dengan Pejuang hadapi PRU15 PH Kedah sedia bekerjasama dengan Pejuang hadapi PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610010644_Phahrolrazi.jpg)
Phahrolrazi berkata keterbukaan pihaknya terutama Amanah selaras seruan presiden parti itu untuk memperbanyakkan rakan dan mengurangkan musuh politik.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719759401_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
![PRK Sungai Bakap: PH yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan PRK Sungai Bakap: PH yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719718861_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: PH yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Pakatan Harapan (PH) yakin ahli UMNO akan mengundi calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Joohari Ariffin pada 6 Julai ini.
![UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714792542_MohdPuadZarkashi.jpg)
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
![Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705371729_ArmizanMohdAli.jpg)
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
![Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697093324_TBAbangJohari.jpg)
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
!['Saya bertanggungjawab dedah isu ketirisan pentadbiran PH' - Sanusi 'Saya bertanggungjawab dedah isu ketirisan pentadbiran PH' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696243319_kesfitnah.jpg)
'Saya bertanggungjawab dedah isu ketirisan pentadbiran PH' - Sanusi
Muhammad Sanusi memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan isu ketirisan dalam pentadbiran ahli politik PH dan BN.
![Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694521774_MatSabu.jpg)
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
![Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670315795_TBTuanIbrahim.jpg)
Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu tidak boleh diperkatakan.
![Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692189664_PRNSelangor.jpg)
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
![Calon PN kata rakyat tak dapat kasih sayang, calon PH balas selalu bertemu rakyat Calon PN kata rakyat tak dapat kasih sayang, calon PH balas selalu bertemu rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691755650_DanniRais.jpg)
Calon PN kata rakyat tak dapat kasih sayang, calon PH balas selalu bertemu rakyat
Pertama kali bertanding, Danni akan berdepan penyandang yang juga sepupunya, Bakri di DUN Klawang dalam PRN di Negeri Sembilan.