SHAH ALAM: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan isu ketirisan dalam pentadbiran ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar Kedah itu berkata demikian ketika menjawab saman yang difailkan Pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad.
Menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 29 September lalu, beliau berkata, selaku ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat, beliau hanya menggunakan kebebasan bersuara untuk menimbulkan isu tatakelola dan ketirisan bersandarkan kepada fakta substatif yang benar.
Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, tiada langsung rujukan dibuat terhadap Vincent yang juga Penasihat Berjaya, sebagai seorang ahli perniagaan yang korup, secara langsung mahupun sindiran.
Bukan itu sahaja, pemimpin Pas berusia 49 tahun itu juga berkata, tiada tuduhan dilemparkan terhadap Berjaya selaku plaintif pertama dan Vincent (plaintif kedua), melakukan aktiviti haram, menyalahi undang-undang, menipu rakyat Selangor atau berkecenderungan melakukan amalan tidak jujur.
“Plaintif juga tidak mengalami sebarang kerugian kerana Projek SMG masih lagi diteruskan,” kata Pengarah Pilihan Raya Pakatan Nasional (PN) ini.
Pada 8 Ogos lalu, Vincent dan Berjaya memfailkan saman berhubung kenyataan Sanusi mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dalam ucapannya ketika ceramah sempena kempen pilihan raya 'Jelajah Mega PN Best' atau 'PN Best Sayangi Kedah Sejahtera mega tour' di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah pada 2 Ogos.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, Vincent mendakwa ucapan Sanusi yang disiarkan secara langsung dan diterbitkan semula, membuat rujukan yang spesifik dan langsung kepadanya dengan menyebut namanya sepanjang ucapan di ceramah itu.
Berjaya pula berkata, meski tiada rujukan spesifik dibuat terhadap syarikat itu, kenyataan berkenaan boleh difahami sebagai merujuk kepada syarikat berkenaan.
Menurut Vincent, kenyataan berbaur fitnah itu antara lain membawa maksud beliau dan syarikat terbabit adalah korup dan kroni Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma.
Plaintif berkata, ia juga bermaksud mereka memberikan manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri sebagai balasan kepada tanah percuma itu.
Selain itu, plaintif mendakwa, kenyataan tersebut bermaksud mereka menyebabkan Kerajaan Selangor mengalami kerugian dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM180 juta susulan tanah yang didakwa diberikan secara percuma.
Plaintif berkata, ia juga bermaksud mereka dengan syarikat berkaitan mempunyai jumlah hasil pendapatan gabungan sebanyak RM33.3 bilion.
Vincent dan Berjaya berkata, kenyataan fitnah itu akan merosakkan dan menyebabkan kerugian kewangan terhadap 67,367 pemegang saham dalam BCorp dan 7,053 pemegang saham dalam Syarikat terbabit.
Menurut mereka, ia mampu merosakkan reputasi dalam dunia perniagaan sama ada dalam atau luar negara serta berpotensi menyebabkan kehilangan keuntungan jutaan ringgit.
Untuk rekod, Sanusi kini berdepan beberapa kes di mahkamah dan juga tuntutan saman.
Pada 17 Julai lalu, beliau didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua tuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah.
Selain itu, Sanusi juga berdepan tindakan undang-undang daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkaitan ucapan fitnah pada Majlis Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah.
Sanusi mendakwa Amirudin turut terlibat dalam skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023

Sanusi berkata, tiada langsung rujukan dibuat terhadap Vincent yang juga Penasihat Berjaya, sebagai seorang ahli perniagaan yang korup, secara langsung mahupun sindiran. - Gambar fail

AS adakan perbincangan dengan Ukraine mengenai pertemuan di Arab Saudi
Perbincangan itu susulan surat daripada Zelenskyy kepada Trump, yang disifatkan oleh Witkoff sebagai "langkah pertama yang positif".
AWANI Ringkas: Hubungan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 7 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 7 Mac 2025
1️⃣ Hubungan Malaysia-Thailand
2️⃣ Mohamad Hasan di Jeddah, Arab Saudi
3️⃣ Bila PRK DUN Ayer Kuning?
#awaniringkas
1️⃣ Hubungan Malaysia-Thailand
2️⃣ Mohamad Hasan di Jeddah, Arab Saudi
3️⃣ Bila PRK DUN Ayer Kuning?
#awaniringkas
Pasaran Saham Wall Street jatuh: Ketidakpastian polisi perdagangan AS
Saham Wall Street ditutup rendah pada hari Khamis, dengan Nasdaq mengesahkan ia berada dalam pembetulan sejak Disember. Presiden Donald Trump mengumumkan pengecualian tarif 25% untuk barangan dari Kanada dan Mexico di bawah Perjanjian Perdagangan AS-Mexico-Kanada (USMCA) selama sebulan. Ketahui lebih lanjut tentang reaksi pasaran terhadap ketidakpastian polisi perdagangan AS.
Trump umum pengecualian tarif untuk Kanada dan Mexico di bawah USMCA
Presiden Donald Trump pada hari Khamis mengumumkan pengecualian tarif 25% untuk barangan dari Kanada dan Mexico di bawah perjanjian perdagangan Amerika Utara selama sebulan. Ketahui lebih lanjut tentang perubahan pantas dalam polisi perdagangan yang telah mengganggu pasaran kewangan dan pemimpin perniagaan.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K
ECB turunkan kadar faedah: Perang dagang dan ketidakpastian ekonomi
Bank Pusat Eropah (ECB) menurunkan kadar faedah kepada 2.5% dalam usaha menangani inflasi yang perlahan dan pertumbuhan ekonomi yang lemah. Presiden ECB, Christine Lagarde, membincangkan ketidakpastian fenomenal dan kesan negatif tarif terhadap pelaburan dan pekerjaan. Ketahui lebih lanjut tentang perubahan dasar ekonomi terbesar Eropah dalam beberapa dekad.
Ekonomi Malaysia 2025: OPR, inflasi & nilai ringgit dalam pasaran tidak menentu
Bagaimana keputusan dasar, inflasi, perdagangan global, dan pergerakan mata wang akan membentuk ekonomi Malaysia tahun ini? Mampukah negara mengekalkan kestabilan di tengah ketidaktentuan global? Ikuti kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim.
[Data & Statistik] Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2024
Indeks jurang gender Malaysia merekodkan skor 0.705 dengan dua sub-indeks kekal tinggi, pencapaian pendidikan 1.071 dan kesihatan & kehidupan 0.956.

Racun rakan sekerja gara-gara cemburu naik pangkat
Hasil siasatan mendapati dia mengaku telah mencampurkan bahan kimia itu ke dalam minuman mangsa.

Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.

Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.

PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri.

Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan.

Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi
Tuntutan itu melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah 131 kelulusan konsesi dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.

'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan selepas Perhimpunan Agung parti tahun depan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal dengan suara majoriti perwakilan.

'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid
Najib disifatkan berdepan risiko besar seandainya desas-desus pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ditangguh sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.