KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan perutusan khas jam 3 petang ini.

Ia selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Menerusi muat naik di laman Facebook beliau, Muhyiddin turut dijadual mengadakan sidang media jam 3.30 petang.

Perutusan dan sidang media tersebut akan disiarkan di saluran 501, astroawani.com dan semua platform media sosial Astro AWANI.

 
Sumber Facebook ts.muhyiddin