KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi perhatian kepada memperkukuh kesatuan dalaman Kerajaan terlebih dahulu sebelum memikirkan usaha ke arah kerjasama bipartisan.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar berpendapat, tujuh tawaran yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini perlu diberi pertimbangan.
Menurut beliau, tawaran berkenaan bukan keutamaan memandangkan masalah yang timbul sebelum ini datangnya dari Ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan termasuk yang membuat ugutan untuk menarik sokongan.
"Tidak dapat kita nafikan bahawa sebelum ini, secara terbuka anggota-anggota Parlimen kita sendiri dalam BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) sendiri yang lantang memberi kritikan atau ugutan terbuka untuk menarik diri dan sebagainya.
"Oleh sebab itu keutamaan Datuk Seri Ismail Sabri ialah memastikan setiap anggota komponen dalam kerajaan hari ini, dapat kita satukan.
"Kita berharap tidak muncul dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan sendiri yang digunakan oleh pembangkang untuk menampakkan lemah dan tidak efektifnya kerajaan yang ada," katanya kepada Astro AWAN, di sini pada Sabtu.
[LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9
BACA: Ahli Parlimen PN teguh bersama Ismail Sabri - Hamzah
Sehubungan itu, Kamaruddin mengharapkan agar Ismail Sabri dapat memastikan setiap perbezaan pandangan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan dapat diselesaikan secara dalaman agar apa yang berlaku sebelum ini tidak berulang.
Selain itu, Kamaruddin menaruh harapan kepada Perdana Menteri untuk memberi tumpuan pada usaha-usaha memulihkan ekonomi negara bagi memastikan masalah hilang pendapatan yang dihadapi rakyat dalam diselesaikan segera.
Tidak ketinggalan, Kamaruddin berharap, Perdana Menteri yang baru dilantik itu dapat membentuk Kabinet yang berintegriti dan meneruskan dasar-dasar Kerajaan sebelum ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara hari ini.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Muhyiddin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, kehilangan majoriti selepas 15 Ahli Parlimen UMNO yang diketuai Ahmad Zahid, telah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Sehubungan itu, pada 17 Ogos lepas, Speaker Dewan Rakyat telah mengutuskan surat kepada kesemua 220 Ahli Parlimen, memaklumkan titah Tuanku Agong bahawa mereka semua perlu mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) bagi memilih seorang calon Perdana Menteri.
Pada 19 Ogos, 114 Ahli Parlimen yang menzahirkan sokongan mereka kepada Ismail Sabri, telah dititahkan untuk menghadap Agong di Istana Negara bagi mengesahkan pilihan mereka.
Selesai pertemuan Agong dengan enam Raja Melayu pada Jumaat, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan pemilihan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu.
Astro Awani
Sat Aug 21 2021

Tawaran berkenaan bukan keutamaan memandangkan masalah yang timbul sebelum ini datangnya dari Ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan termasuk yang membuat ugutan untuk menarik sokongan. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Perkukuh kesatuan dalaman kerajaan agar lebih efektif - Kamaruddin Jaffar
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi perhatian kepada memperkukuh kesatuan dalaman Kerajaan terlebih dahulu sebelum memikirkan usaha ke arah kerjasama bipartisan.

Malaysia akan pertahan Sabah hingga 'titisan darah terakhir' - Kamaruddin Jaffar
Setiap kali isu tersebut dibangkitkan, Malaysia akan menolak tegas dengan mengadakan nota bantahan kepada Kerajaan Filipina.

Kerjasama Malaysia-UAE dalam tangani isu COVID-19
Kerjasama terjalin pada persidangan maya merangkumi tiga tema utama iaitu sistem penguatkuasaan dan pemantauan, kesihatan dan isu antarabangsa.

COVID-19: Singapura sediakan penempatan sementara untuk pekerja Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra amat memandang serius laporan media yang mengatakan terdapat rakyat Malaysia yang bermalam di stesen MRT Singapura.