GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) meraikan Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai duluan (precedent) yang segar untuk menstabilkan politik dalam keadaan parlimen tergantung tetapi sedar bahawa beberapa niat perjanjian tersebut berpotensi melemahkan Parlimen.
Kerajaan oleh parti-parti
BERSIH menekankan bahawa dua kerajaan sebelum ini di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri adalah ‘kerajaan dibentuk oleh Ahli-ahli Parlimen (MP) secara individu’ dan bukannya ‘kerajaan gabungan dibentuk oleh parti-parti’, justeru tidak dapat bertahan apabila menghadapi tekanan daripada parti dalam gabungan kerajaan. ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’ yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mungin boleh melepasi perangkap ini dan berkhidmat sepenggal penuh selama lima tahun.
Tiga puluh tiga bulan kemelut politik sejak Langkah Sheraton adalah disebabkan oleh amalan tempang yang menganggap kerajaan sebagai pengumpulan ahli-ahli parlimen secara ad-hoc, yang tidak terikat oleh program kerajaan yang kohesif yang ditetapkan oleh parti-parti, tetapi cuma terikat dengan sokongan ahli parlimen secara peribadi kepada calon Perdana Menteri tertentu, dan bahkan atas janji pemberian jawatan dalam kabinet atau GLC atau pelepasan daripada kes Mahkamah. Kesemua ini pula dibolehkan oleh amalan tempang ‘membentuk kerajaan melalui Akuan Bersumpah’ yang diperkenalkan sejak 2009.
Pembentukan kerajaan melalui rundingan parti dan pengumuman perjanjian kerjasama adalah dua daripada 10 cadangan yang diusulkan oleh BERSIH pada 19 November bagi menstabilkan politik pasca-PRU15. BERSIH senang bahawa kerajaan baharu ini mengambil langkah ke arah yang betul.
Walaubagaimanapun kami khuatir perjanjian persefahaman kerjasama ini membungkam kebebasan nurani MP untuk mengundi dan berpendirian bahawa sebarang kompromi yang dibuat harus dihadkan kepada apa yang benar-benar diperlukan saja untuk tidak menatijahkan penguasaan eksekutif yang membahayakan dalam usaha kita untuk melepaskan diri daripada ketidakstabilan dan ketidakbertanggungjawaban politik.
Keputusan berasaskan parti dalam undi percaya dan perbekalan
Bagi mencegah undi percaya dan perbekalan dijadikan alternatif untuk “Lelongan SD”, BERSIH boleh menerima di peringkat demokratisasi Malaysia sekarang bahawa keputusan dalam pengundian berikut dibuat berasaskan parti dan tidak terpulang kepada ahli-ahli parlimen.
BERSIH walaubagaimanapun menolak tafsiran bahawa Perjanjian tersebut secara sendiri boleh menyebabkan kesemua 144 MP daripada blok kerajaan (PH, BN, GPS, GRS dan Warisan) boleh menghadap pilihan raya kecil (PRK) jika mereka mengingkari arahan parti.
Perkara 4(a) Perjanjian Persefahaman Kerjasama hanya menyatakan niatnya bahawa semua lima parti tersebut perlu menyokong Perdana Menteri untuk hal-hal keyakinan, perbekalan atau prosedur lain yang dalam maksud perlembagaan boleh menggugat keabsahan kerajaan.
Perkara 4(b) menyatakan niat bahawa parti-parti perlu memastikan semua MP mereka yang gagal, enggan atau cuai untuk mengundi sedemikian akan diambil kira sebagai meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli parti yang akan menyebabkan kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
Niat tersebut hanya menjadi realiti sekiranya perlembagaan parti masing-masing sudah memperuntukkan untuk kegagalan, keengganan dan kecuaian dalam undian percaya dan perbekalan sebagai asas ahli parlimen terhenti menjadi ahli parti, sebagaimana dalam kes Amanah dan DAP. Alternatifnya, parti-parti perlu mempunyai instrumen lain yang mengikat secara undang-undang untuk membawa kesan yang sama.
BERSIH sangat khuatir dengan Perkara 4(d) yang menyatakan “Parti-Parti dan pihakpihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini mempunyai prerogatif tunggal dalam memastikan ahli Dewan Rakyat masing-masing mengundi segala usul, terutamanya berkenaan kepercayaan dan bekalan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berdasarkan arahan Parti masing-masing”. Dengan merangkumi “semua usul” dan bukan sekadar perkara undi percaya dan perbekalan, perjanjian ini berpontensi menghapuskan semua autonomi ahli parlimen dalam pengundian. Dengan kerajaan majoriti dua pertiga, ini akan menjadi cek kosong dalam pindaan perlembagaan.
BERSIH menggesa semua parti yang berniat meminda perlembagaan parti mereka untuk menghadkan kebebasan pengundian ahli parlimen hanya atas undi percaya dan perbekalan sahaja.
Demi memelihara kebebasan pengundian untuk ahli parlimen, ketewasan kerajaan dalam RUU penting dan bahkan RUU Perlembagaan TIDAK BOLEH DILIHAT sebagai penyataan ketidakpercayaan kepada kerajaan. Jika tidak, parti-parti boleh memaksa ahli-ahli parlimen mengundi ikut arahan parti untuk mengelakkan ketidakpercayaan kepada kerajaan.
Jawatankuasa Parlimen
BERSIH senang untuk mengetahui bahawa mengikut maksud tersirat Perkara 3(b), setiap portfolio kementerian akan diteliti dan disemak oleh sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP).
Namun, Kerajaan mesti membuat komitmen yang jelas untuk melantik satu JPKP bagi setiap portfolio kementerian. Amalan tempang yang melantik satu JPKP untuk memantau beberapa kementerian tidak boleh diulangi kembali. Contoh paling teruk, empat kementerian (Kerja Awam, Pengangkutan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar) ditugaskan kepada satu JPKP (Infrastruktur dan Pembangunan), memustahilkan pantauan yang berkesan.
BERSIH juga khuatir dengan niat yang dinyatakan dalam perkara 3(d) dan 3(e) bahawa pengerusi JPKP, disekalikan dengan keahlian Kabinet, akan dibahagikan “berkadar dengan jumlah Ahli Parlimen setiap Parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia” dan sebarang perubahan dalam pembahagian akan dibincangkan bersama Perdana Menteri dan ketua-ketua parti.
Perkara ini membawa implikasi bahawa kerajaan mungkin menggunakan majoriti dua pertiga mereka untuk memonopoli semua jawatan pengerusi JPKP, dan kuasa Jawatankuasa Pemilih (Selection Committee) dan Jawatankuasa Dewan (House Committee) dalam Dewan Rakyat yang mempunyai perwakilan daripda kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam menentukan pembahagian keahlian dan kepimpinan jawatankuasa-jawatankuasa akan dipintas sepenuhnya. Jika ini berlaku, ia akan jadi tindakan kebelakang daripada amalan semasa Mahathir, Muhyiddin dan Ismail apabila terdapat jawatan pengerusi yang diberikan kepada ahli pembangkang.
BERSIH menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalinan Othman Said untuk memastikan amalan terbaik dilaksanakan seperti berikut:
1. Keahlian jawatankuasa dibahagikan merentasi gabungan parti berdasarkan bilangan ahli parlimen persendirian (yang bukan menteri, Speaker atau Timbalan Speaker), dan bukan atas bilangan semua ahli parlimen. Pembahagian berdasarkan bilangan semua ahli parlimen akan memberikan perwakilan berlebihan kepada parti-parti yang mempunyai ramai menteri.
2. Keahlian jawatankuasa perlu dibahagikan dengan mengambil kira minat dan kepakaran ahli-ahli parlimen, bukan secara semberono ditugaskan oleh ketua parti.
3. Pengerusi jawatankuasa perlu diberikan kepada parti berdasarkan kadar ahli parlimen*persendirian.
4. Pengerusi dan timbalan pengerusi perlu mewakili kedua-dua belah dalam parlimen, satu daripada kerajaan dan satu daripada pembangkang untuk memastikan semak dan imbang di dalam jawatankuasa.
5. Semua pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa perlu dibayar dengan elaun tambahan kerana Jawatankuasa perlu bergerak sepanjang tahun, walaupun apabila Parlimen ditangguhkan.
BERSIH berharap untuk bertemu dengan PM Anwar, Menteri Azalina serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk membincangkan lebih lanjut pengukuhan demokrasi pelbagai parti dan parlimen.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
Kenyataan Media
Sat Dec 17 2022

BERSIH meraikan Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai duluan yang segar untuk menstabilkan politik dalam keadaan parlimen tergantung.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.

Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.

Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.

Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.