KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula hari ini dan selepas dua tahun, ia diadakan secara bersemuka sepenuhnya.
Perhimpunan tahun lepas berlangsung secara hibrid manakala tahun sebelumnya tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.
Perhimpunan yang disertai 5,571 perwakilan itu kali ini dilihat penting bagi parti berusia lebih 70 tahun itu menentukan hala tujunya dalam menghadapi cabaran ketidakstabilan politik serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ia bermula dengan acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa yang dijadual pada 8 pagi di Plaza Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan diikuti pemeriksaan barisan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selepas itu, perasmian persidangan oleh Ahmad Zahid pada 9 pagi di Dewan Merdeka, kemudian diikuti dengan sesi perbahasan dan diakhiri sesi penggulungan.
Acara bagi Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan selama empat hari bermula Rabu dan selaras dengan situasi COVID-19, ia diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk pematuhan pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal.
Pada Rabu, berlangsung perasmian serentak dan diikuti persidangan tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Khamis yang menyaksikan pemantauan ketat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri.
Secara keseluruhan, perwakilan bagi ketiga-tiga sayap menekankan persiapan jentera parti dalam menghadapi PRU15, susulan kejayaan Barisan Nasional dan UMNO memenangi dua Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Perhimpunan edisi kali lebih meriah berbanding tahun lalu dengan menganjurkan pameran agensi kerajaan serta jualan makanan dan minuman menggunakan trak makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Acara bagi Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan selama empat hari bermula Rabu. - Foto fail/Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

UMNO Labuan perkukuh ukhuwah, rapatkan saf menjelang PRU15
UMNO Bahagian Labuan akan memperkukuh ukhuwah dan merapatkan barisan saf sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PAU 2021: Hormati Ismail Sabri atas kapasiti beliau sebagai PM - Perwakilan Perak
Perwakilan Perak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Ismail Sabri mesti dihormati bukan atas dasar namanya secara peribadi tetapi atas tanggungjwab besar yang digalas di bahunya.

PAU2021: Perhimpunan kali ini lahirkan kluster kasih dan sayang dalam kalangan ahli - Reezal Merican
Jelas Reezal, meskipun pelbagai label dilontarkan, parti keramat itu sebaliknya lebih tekad untuk menjadi parti dominan menjelang PRU15.

PAU2021: Gaji minimum RM1,500, kaji semula GST antara lima teras utama UMNO - Zahid
Presiden UMNO lima menggariskan lima teras utama parti itu dalam PAU 2021 hari ini.

PAU2021: 'Aliran keluar bersih modal asing RM166.1 bilion selepas PRU14' - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti keramat itu mampu menarik semula pelaburan asing ke negara ini.

PAU2021: 'UMNO tidak mahu ganggu urusan bubar Parlimen, tetapi nak tunggu apa lagi?'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara dalam konteks pembubaran Parlimen dan tidak mahu menganggu urusan berkenaan.

PAU2021: 'Terima kasih PM benarkan pengeluaran RM10,000 KWSP' - Zahid
Usaha itu diterajui UMNO yang mendesak kerajaan membenarkan skim terbabit dalam meringankan beban rakyat selepas pandemik COVID-19.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 jadi tumpuan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula hari ini dan selepas dua tahun, ia diadakan secara bersemuka sepenuhnya.

UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan PRN dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.

PAU2021: Mulakan penjernihan budaya politik, tanam rasa jijik terhadap rasuah - Asyraf Wajdi
Kerajaan yang dibentuk tanpa integriti dan berkiblatkan kerakusan kuasa hanya akan mewujudkan huru-hara dan kesengsaraan kepada rakyat.