Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, tindakan PasMa bertemu Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama menjelang PRU14 merupakan langkah awal kumpulan tersebut untuk menonjol sebagai sebuah parti politik ala Pas yang dilihat serupa tetapi tidak sama matlamat dan ideologi politik mereka.
Jelas beliau, tindakan PasMa ini sudah dijangka sejak dari awal penubuhan NGO tersebut, biarpun pada awalnya kepimpinan PasMa mendakwa bahawa kewujudan NGO tersebut bukanlah untuk bersaing atau menggantikan Pas.
"Kita semua sudah sedia maklum bahawa PasMa ini diwujudkan oleh golongan yang menyokong Anwar yang menolak kepimpinan Presiden Pas sekarang ini. Mana mungkin mereka tidak mempunyai agenda politik sedangkan yang menubuhkan PasMa ini semuanya ahli politik Pas itu sendiri.
"Apabila PasMa membuat pertemuan dengan Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama, kerjasama apa lagi yang dimaksudkan kalau tidak kerjasama politik?
"Jadi jelas, penubuhan PasMa ini ada agenda politik dan secara tidak langsung akan memecah belahkan serta menenggelamkan parti Pas yang asal yang mendokong kepimpinan ulama," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Ujarnya, tindakan PasMa itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di kalangan parti politik pembangkang seperti Dap dan PKR.
"Secara tidak langsung, usaha ini saya lihat akan dapat melemah dan melumpuhkan gerakan parti Pas yang dilihat tidak mempunyai ideologi politik yang selari dengan Dap dan PKR.
"Ini memandangkan Pas hari ini kerapkali tidak menentang arus sehingga menimbulkan perbalahan yang ketara khususnya antara Pas dan Dap dalam pelbagai isu, terutama isu hudud,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar penyokong serta ahli-ahli Pas yang terlibat dalam PasMa akan sedar dan membuka mata tentang agenda sebenar NGO tersebut yang sebenarnya lebih bermotifkan kepentingan politik untuk golongan tertentu.
"Kalau kita nak berpolitik, politiklah…tak salah. Tetapi apa yang penting, perkara yang menjadi teras dalam kehidupan kita iaitu Islam, mesti terus dipelihara dan dimartabatkan. Jangan kita terpengaruh sehingga bersekongkol dengan puak-puak yang berniat untuk merosakkan agama dan segala teras negara semata-mata hanya kerana kepentingan politik peribadi mereka," ujarnya.
UMNO Online
Wed Jan 14 2015
MT UMNO: Perbincangan dengan DAP bukti PasMa mahu tendang PAS - Gambar fail
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.