Pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor bermula pada 5 petang ini.
Pengiraan itu dilakukan di kesemua pusat pengundian iaitu 23 di Kuala Kangsar dan 28 di Sungai Besar, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selepas selesai pengiraan kertas undi, kotak-kotak undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar dan Dewan Sri Bernam di Sungai Besar.
Pengumuman keputusan dua PRK itu dijangka dibuat pada kira-kira 9 malam ini di dua pusat penjumlahan undi berkenaan.
PRK itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei.
PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Datin Mastura Mohd Yazid iaitu balu Wan Mohammad Khair-il Anuar yang mewakili Barisan Nasional (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK Sungai Besar pula melibatkan pertandingan tiga penjuru di antara Budiman Mohd Zohdi (BN), Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Amanah).
BN memenangi kedua-dua kerusi itu pada pilihan raya umum 2013.
Bernama
Sat Jun 18 2016

Dua kotak undi yang merupakan undi awal tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Pilihan Raya Presiden Sri Lanka masuk pusingan kedua pengiraan undi
Pilihan raya presiden negara itu memasuki pengiraan undian pusingan kedua.

PRN: Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi
Peti undi bagi PRN di enam negeri mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat secara rasmi pada 6 petang.

AS Memilih: Proses kira undi di Georgia tamat selewat-lewatnya 10 hari selepas pilihan raya
Georgia merupakan satu daripada lima negeri yang menyaksikan proses pengiraan undi masih dilakukan.

Prabowo mahu penyokong tidak terbabit rusuhan, Jokowi bertegas tidak berkompromi
Mereka melihat kejadian rusuhan berlaku sebagai rentetan pidato dan tindakan beliau selepas berakhirnya pengundian Pilpres 2019 April lepas.

Pengiraan undi PRK kerusi Kuala Kangsar, Sungai Besar mula 5 petang
Pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor bermula pada 5 petang ini.