Ramai pemerhati dan penganalisis politik Indonesia berpandangan Prabowo Subianto menjadi punca rusuhan di sini walaupun calon Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres 2019) yang kalah itu dilaporkan meminta para penyokongnya tidak terbabit dalam rusuhan ketika mengadakan demonstrasi membantah keputusan Pilihan Raya Presiden 2019.
Mereka melihat kejadian rusuhan berlaku sebagai rentetan pidato dan tindakan beliau selepas berakhirnya pengundian Pilpres 2019 April lepas.
Prabowo pada 17 April lepas, selepas selesai proses pengundian, menolak keputusan quick count atau hitung cepat badan-badan bebas, yang memenangkan Presiden Joko Widodo (Jokowi), sedangkan hasil quick count itu, berdasarkan pilihan raya sebelum ini, ternyata 99.9 peratus tepat.
"Pada 15 Mei lepas, ketika proses pengiraan Pilpres masih berlangsung, Prabowo memboikot proses pengiraan undi KPU, yang didakwanya berlaku unsur penipuan.
"Beliau dan pemimpin yang pro kepadanya turut meminta rakyat mengadakan demonstrasi, membantah keputusan itu, dan apa yang berlaku (rusuhan) sejak awal pagi tadi, adalah hasilnya," kata seorang penganalisis politik.
Jokowi dalam kenyataannya di Instagram rasminya, minta rakyat Indonesia kembali bersatu, dan menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan perusuh yang mencabar kedaulatan undang- undang.
Polis Indonesia pula dalam satu kenyataan malam ini, menyatakan seramai 257 perusuh telah ditahan di sini sejak awal pagi tadi.
Pemerhati politik juga meminta Prabowo turun mendekati para penunjuk perasaan, supaya mereka tidak merusuh, dan memainkan peranan penting bagi mengembalikan ketenteraman awam dan kestabilan politik di Indonesia.
Polis Indonesia percaya terdapat hanya kumpulan-kumpulan tertentu yang bukannya para demonstrasi massa, yang merusuh bagi mencetuskan suasana tidak tenteram selepas pasca keputusan Pilpres itu.
Rusuhan kembali berlaku di kawasan bangunan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) di Jakarta Pusat kira-kira pukul 8.30 malam ini, selepas beribu demonstrasi massa yang berkumpul secara aman sejak pagi tadi, bersurai.
Sekumpulan lebih 200 perusuh itu dipercayai datang dari arah kawasan Tanah Abang, melemparkan batu, molotov coctail dan mercun ke arah pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan berkenaan.
Pasukan keselamatan ketika ini masih mengawal keadaan dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019
Mercun diletupkan berhampiran penyokong Prabowo semasa pertempuran dengan polis di Jakarta, Indonesia, 22 Mei 2019. (Foto AP)
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.