Turut mengiringi Mohamad Haizan adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merangkap Pengarah Pilihan Raya Bersatu untuk PRK berkenaan dan Pengerusi PN Johor Datuk Shahrudin Jamal.
Mereka sebelum itu berarak dari tempat letak kenderaan Taman Tasik, Jalan Besar di sini sejauh kira-kira satu kilometer jam 8.20 pagi dengan membawa bendera parti dan juga sepanduk 'dijamin halal'.
Mohamad Haizan, 61, yang merupakan bekas pemain bola sepak Johor dan mesra disapa sebagai 'Coach Haizan' adalah anak jati Layang-Layang, Renggam serta memiliki kelulusan Diploma Kecergasan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala undi awal pada 24 September.