KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang didakwa gagal menyelesaikan masalah pencemaran sungai yang berlaku di negeri itu.
Membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan negeri tidak lagi 'boleh diharapkan' untuk menyelesaikan masalah itu, dengan mengambil contoh insiden pencemaran Sungai Kereh di bawah Parlimennya.
Jelas Wan Saiful, masalah di sungai terbabit dikesan berpunca daripada ladang ternakan babi yang terletak di kawasan berdekatan.
"Saya nak timbulkan secara spesifik (pencemaran) Sungai Kereh di Tasek Gelugor. Masalah ini sudah berlanjutan bertahun-tahun lamanya. Ada sinar semasa Kubang Kerian (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) menjadi menteri yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut.
"Tetapi seperti disebut oleh Timbalan Menteri (Datuk Seri Huang Tiong Sii), kalau nak selesai betul-betul, sumber pencemaran adalah ladang babi yang berdekatan di Kampung Selamat.
"Tetapi selama ini tidak selesai. Kalau ikut Timbalan Menteri tadi, kita perlukan kerjasama Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya. Kalau nak diharapkan Kerajaan Pulau Pinang, saya rasa setakat ini 'confirmed' gagal," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Justeru, Wan Saiful meminta jaminan daripada Kerajaan Persekutuan agar masalah pencemaran di Sungai Kereh dapat diselesaikan, sekali gus dakwanya mengurangkan 'kegagalan' Kerajaan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, soalan yang dibangkitkan Wan Saiful dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer kerana didakwa melanggar Peraturan Mesyuarat 36 (6) iaitu membuat sangkaan jahat.
"Dalam soalan tadi YB (Tasek Gelugor) mengatakan kalau mengharapkan Kerajaan Pulau Pinang, 'confirmed gagal'. Itu merupakan satu kenyataan tak betul," katanya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kemudian memaklumkan apa yang dibangkitkan Wan Saiful tidak dituju kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat.
"Peraturan Mesyuarat 36 (6), seseorang ahli tidak boleh memgeluarkan sangkaan jahat terhadap siapa-siapa ahli lain. YB Tasek Gelugor tidak menuju kepada siapa-siapa ahli (Dewan Rakyat)," jelas beliau.
Begitu pun, RSN Rayer tidak berpuas hati dan mendakwa kenyataan Wan Saiful dituju kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
"Itu tidak adil..." dakwa RSN Rayer.
Alice sekali lagi menegaskan beliau telah membuat 'ruling' berhubung perkara itu.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika ini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Kon Yeow.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 13 2023
Wan Saiful berkata kerajaan negeri tidak lagi 'boleh diharapkan' untuk menyelesaikan masalah itu, dengan mengambil contoh insiden pencemaran Sungai Kereh di bawah Parlimennya - Foto fail/Bernama
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormati keputusan MCMC
MCMC telah membuat penilaian sewajarnya melalui proses tender sebelum membuat keputusan tersebut.
Penjelasan pemberian lesen laksana 5G kepada U Mobile tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu dibangkitkan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Komunikasi.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
Parlimen: MOTAC akan semak semula Akta Industri Pelancongan - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482).
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.