KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan sebab yang munasabah susulan penangguhan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 dan tidak menjadikan pandemik COVID-19 sebagai trend alasan.
Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, alasan seumpama itu seakan-akan cuba memperbodohkan rakyat.
"Saya rasa semacam ada satu trend hari ini. Bila tak dapat melaksanakan sesuatu atau membuat sesuatu yang meresahkan rakyat, kita akan menggunakan alasan pandemik COVID-19 sebagai satu cara untuk mengelak daripada mengambil tanggungjawab yang sebenar.
"Saya rasa alasan-alasan sebegini mesti segera dihentikan kerana hakikatnya kita semacam memperbodohkan rakyat kerana yang paling penting ialah kita kena menjelaskan yang terperinci apa yang dikatakan pandemik ini sebagai penghalang kalau benar sebagai penghalang," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Jumaat.
Pada Khamis, SPR berkata, pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, sekali gus menyaksikan ia tidak sempat dilaksanakan pada Julai tahun ini sepertimana jangkaan awal.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tempoh tersebut dibuat selepas menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR termasuk penularan wabak COVID-19.
BACA: Undi18, daftar pemilih automatik tidak sempat dilaksana tahun ini - SPR
BACA: Undi18: Alasan SPR tidak masuk akal, MUDA ambil tindakan mahkamah
BACA: Kelewatan pendaftaran automatik, Undi18 mengecewakan - Mas Ermieyati
Sehubungan itu, Asyraf Wajdi menegaskan, pengerusi badan itu perlu meletak jawatan jika tidak berjaya mengemukakan alasan yang sewajarnya.
"Menangguhkan sehingga 2022 ini satu perkara yang sukar diterima anak muda dan rakyat khususnya, kerana janji yang telah dibuat kerajaan mesti dilihat rakyat sebagai satu janji yang perlu ditunaikan.
"Pemuda mahu Pengerusi SPR ambil tanggungjawab sebab kalau gagal melaksanakan apa yang telah ditetapkan badan legislatif serta mengikut garis masa yang ditetapkan kerajaan sendiri tetapkan dan kalau tidak boleh beri alasan munasabah, maka atas rasa tanggungjawab dan maruah, Pengerusi SPR mesti meletakkan jawatan," tegasnya.
Katanya lagi, keputusan penangguhan Undi18 berkenaan hanya menggambarkan kerajaan takut dengan undi anak muda.
"Saya tidak pasti kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin ini mempunyai persepsi dan sikap terhadap anak muda. Namun yang pastinya penangguhan seperti ini dilakukan dengan alasan yang tidak munasabah atau tidak meyakinkan anak muda dengan alasan COVID-19.
"Ia hanya beri isyarat salah iaitu seolah-olah kerajaan takut dan gerun kepada undi anak muda. Seharusnya kerajaan perlu elakkan, kerana kalau tidak, ia akan merenggangkan anak muda dari kerajaan, " tambah beliau lagi.
Justeru Pemuda UMNO memberi masa kepada SPR untuk memberikan alasan yang munasabah mengenai perkara itu dan kembali kepada garis masa yang telah diputuskan di peringkat Parlimen.
"Sekiranya tidak berlaku, Pemuda UMNO merasakan munasabah kepimpinan SPR mesti ambil tanggungjawab kerana gagal terhadap apa yang diputuskan dua pertiga Ahli-ahli Parlimen atau badan legislatif," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 26 2021
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, alasan pandemik COVID-19 yang digunakan SPR untuk menangguhkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 seakan-akan cuba memperbodohkan rakyat. - Gambar fail
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
PRK Mahkota: Seluruh jentera Kerajaan Perpaduan digerak sepenuhnya - Asyraf Wajdi
Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada PRK DUN Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi.