Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain yang ingin merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih kesemuanya sedang mempergiatkan kempen masing-masing menjelang hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu bulan depan.
Dua calon, masing-masing dari PH dan Barisan Nasional (BN), telah menolak tawaran untuk mengambil bahagian dalam satu perdebatan yang diatur badan pemerhati pilihan raya Bersih, kerana lebih suka meluangkan masa untuk bersama-sama dengan pengundi.
Selain bertemu pengundi, mereka juga menarik tokoh-tokoh penting parti untuk membantu berkempen menarik undi pada PRK yang akan diadakan pada 2 Mac nanti.
Memandangkan undi Melayu menjadi penentu di Semenyih, PH telah memberi penekanan kepada perjuangan membela kepentingan Melayu, sekali gus menangkis serangan lawan yang mendakwa kononnya ia telah mengkhianati orang Melayu.
Dalam ceramahnya di sebuah kampung tradisional Melayu di sini baru-baru ini, Naib Presiden PH yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pelbagai masalah yang dihadapi badan-badan bertunjangkan Melayu seperti Felda dan Tabung Haji baru-baru adalah bukan angkara PH.
Ia, kata beliau, berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO terdahulu, dan bukan PH yang telah mengkhianati orang Melayu.
"Kamu (dulu) ada kuasa, ada jawatan jadi pengerusi, jadi menteri tetapi jadi pengkhianat kepada orang Melayu. Ayuh orang Semenyih bangkit tolak UMNO dalam PRK akan datang," kata Mohamed Azmin kepada para hadirin yang mendengar ceramahnya.
Walaupun ia tidak ada kena-mengena dengan kemelut dalam Felda, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata kerajaan PH telah mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh lembaga kemajuan tanah Persekutuan tersebut, yang kebanyakan penerokanya adalah orang Melayu.
Muhammad Aiman Zainali, 30, seorang jurutera dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), adalah calon PH dalam pertandingan empat penjuru di Semenyih yang sebelum ini dimenangi oleh gabungan parti kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.
Tiga calon lain ialah Zakaria Hanafi, 58, dari BN, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon bebas Kuan Chee Heng, 56.
Mohamed Azmin berikrar Semenyih akan terus menikmati kemajuan di bawah PH, sebagai sebuah kawasan dewan negeri yang berjaya di Selangor, yang juga antara negeri terkaya di Malaysia.
"Di Selangor kita pertahan prinsip adil buat rakyat. Majoriti kita orang Melayu, kita bela orang Melayu, kita pertahan Islam.
"Tetapi orang Cina dan India juga kita jaga hak dan kepentingan mereka sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Selangor," kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dalam ceramahnya semasa berkempen.
Semenyih adalah sebuah kawasan dewan undangan negeri separa bandar yang 68 peratus pengundinya terdiri daripada pengundi Melayu.
Persoalan-persoalan mengenai janji-janji PH dalam PRU14 dan kenapa sebahagian daripadanya tidak ditunaikan menjadi antara isu yang dimainkan pihak lawan untuk menafikan kemenangan PH dalam PRK Semenyih.
Bagi menjawab isu-isu berkenaan, Timbalan Presiden PH dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mereka akan menunaikan janji-janji itu sebara berperingkat-peringkat apabila keadaan ekonomi negara bertambah baik.
Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan PH mewarisi hutang berjumlah lebih RM1 trilion selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada BN, menyebabkan ia terpaksa mengkaji semula semua janji dalam manifestonya untuk PRU14 dahulu.
"Saya kira insya-Allah kita akan laksanakan bila sampai masa dan ketika yang sesuai, kalau tidak kesemua sekali (gus) ikut peringkat-peringkat bila mana kedudukan ekonomi kita bertambah baik," jelas Muhyiddin.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu diberi masa untuk menunaikan janji-janjinya selepas dipilih memerintah negara bagi tempoh satu penggal lima tahun.
"Saudara pilih Pakatan Harapan bukan untuk bekerja selama lapan bulan… kita memilih kerajaan selama satu penggal bermakna maksimum lima tahun, jadi banyak juga masa lagi," kata beliau.
Kerusi Semenyih kosong ekoran kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor dari PH pada 11 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019
Mohamed Azmin berucap pada majlis ceramah PH bertajuk 'Isu-isu Semasa' di Kampung Rinching Hilir, Semenyih, 18 Feb, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.