BENTONG: Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik merentasi semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu mempunyai sikap "give and take" (bertolak ansur) dalam pemilihan calon bagi memastikan kemenangan.
"Strategi politik merangkumi banyak benda antaranya calon, gerak kerja, kesesuaian kawasan yang nak bertanding dan sama ada kita ada pemimpin (bersesuaian) di kawasan itu.
"Kalau dalam sesuatu kawasan itu kita tak ada calon yang bagus tetapi calon lain lebih bagus dalam Kerajaan Perpaduan (parti gabungan) mungkin ada, kita kena give and take dan dinamik...tak boleh ini kawasan saya menang jangan masuk campur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong di sini hari ini.
Sementara itu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memaklumkan calon pilihan raya yang dikenal pasti harus dilatih lebih awal mendekati masyarakat termasuk menjadi "pembangkang" kepada wakil rakyat yang tidak buat kerja.
Ditanya mengenai gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan, beliau berkata UMNO sedang meneliti latar belakang kawasan berkenaan.
"UMNO buat keputusan akan bertanding jadi nanti dah kenal calon kita cerita... kita ada kumpulan di UMNO sedang buat latar belakang mengenali kawasan dan sebagainya," kata Johari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.
Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri berlaku selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.
Mohd Azizi gugur keahlian Bersatu dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lepas oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Johari berkata setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu mempunyai sikap "give and take" (bertolak ansur) dalam pemilihan calon bagi memastikan kemenangan. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.