Pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR adalah wajar dan selaras dengan sumbangannya kepada parti selama ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berkata parti dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak memandang sepi segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rafizi demi parti.
"Kita tidak boleh menidakkan sumbangan yang telah dilakukan oleh dia (Rafizi) antaranya sanggup menghabiskan wang dan tenaga untuk berkempen semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu walaupun dia tidak tercalon selain berjaya membongkar beberapa isu yang melibatkan kerajaan terdahulu.
"Saya lihat perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana ada beberapa individu lain termasuk Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dilantik selepas mengambil kira sumbangan yang telah dilakukan kepada parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama MPN Kedah di sini, pada Isnin.
Dalam mesyuarat tersebut, MPN Kedah sebulat suara setuju melantik Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ahmad Kasim dan bekas pengerusi PKR negeri Dr Azman Ismail sebagai penasihat, manakala Che Md Dzaher Ahmad dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MPN negeri.
Sementara itu, Johari meminta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melupakan polemik berhubung pelantikan beberapa anggota majlis pimpinan pusat PKR oleh presiden parti.
Johari berkata, setiap anggota hendaklah bergerak ke depan bagi memberi fokus yang lebih dalam memastikan segala janji parti kepada rakyat dapat dilaksanakan.
"Pemilihan dah berlalu dan keputusan pun sudah ada... puas hati atau tidak dengan keputusan itu kita kena 'move on' kerana sekarang adalah masa untuk kita rapatkan saf pimpinan kerana masih jauh perjalanan yang perlu dilalui," katanya.
Sebelum ini, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa pelantikan baharu dalam Majlis Pimpinan Pusat parti itu termasuk bagi jawatan naib presiden.
Mengenai isu lain, Johari berkata tidak timbul soal Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri selama satu penggal.
Johari berkata, semasa penubuhan Pakatan Harapan, semua setuju bahawa Tun Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri selama dua tahun sebelum diserahkan kepada Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 31 2018
Johari berkata PKR dan Anwar selaku presiden parti sama sekali tidak memandang sepi segala pengorbanan yang telah dilakukan Rafizi (gambar) demi parti. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.