AMPANG: Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan untuk mengangkat Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai bakal Presiden (president-designate) parti itu.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PBM, Larry Sng yang turut mengumumkan keahlian Zuraida secara rasmi sebagai ahli PBM.
Sng berkata, keputusan tersebut diambil atas permintaan akar umbi parti itu.
"Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBM juga telah berbincang dan sebulat suara membuat keputusan untuk mengangkat Zuraida sebagai 'president-designate' bagi memacu pembangunan dan perkembangan PBM untuk masa akan datang.
"Majlis Tertinggi PBM akan bermesyuarat sekali lagi dalam masa terdekat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses transisi kepimpinan ini berjalan dengan lancar dan teratur," katanya pada Sidang Media Khas PBM pada Khamis.
Tambah Larry, majlis tertinggi parti dan biro politik pada mesyuarat juga sebulat suara bersetuju Zuraida akan mengetuai perbincangan PBM dengan parti lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
"Sekiranya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat, sudah tentu yang dilantik presiden akan memimpin. Kami juga memutuskan dia akan mengetuai PBM.
"PBM telah pun memberi mandat untuk beliau mengetuai delegasi bertemu pemimpin parti lain dari segi keahlian dan gabungan," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berkata, PBM turut meminta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mempertimbangkan untuk mengekalkan kedudukan Zuraida dalam kabinet atas faktor prestasi Zuraida yang memberangsangkan sepanjang menjadi menteri.
Sementara itu, Zuraida berkata, beliau akan menjalankan amanat yang diberikan bagi memastikan PBM sebagai parti yang relevan.
"Enam tunjang yang digariskan iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi serta peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia adalah tunjang yang amat bertepatan dengan apa yang berlaku dalam negara.
"Tema 'jom reset' untuk semua tunjang ini akan membawa perubahan kepada negara dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Pada masa sama, media dimaklumkan satu sesi sidang khas oleh Zuraida dijangka diadakan dalam tempoh seminggu lagi.
Pada 26 Mei lalu Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk sertai PBM.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 09 2022

Menurut Sng, Majlis Tertinggi PBM akan bermesyuarat sekali lagi dalam masa terdekat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses transisi kepimpinan ini berjalan dengan lancar dan teratur. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS
Zuraida mendakwa pemecatan itu tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.

Tahun penuh kejutan, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang 2022!
Untuk sampai ke penghujung 2022, kejutan demi kejutan terjadi sepanjang tahun ini yang menyaksikan beberapa peristiwa menarik berlaku.

Zuraida, 12 lagi ahli berhadapan dengan lembaga disiplin PBM - Laporan
Larry Sgn berkata beliau hairan dengan tindakan Zuraida, sedangkan bekas MP Ampang itu sendiri tandatangani surat sokongan.

PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.

Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).

PRU15: Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM
Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.

Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).

Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.

PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU15.